Friday, November 6, 2009

Bukan Sekadar Mesyuarat "Post Mortem" Raya...



Bertempat di Dewan Orkid kira-kira jam 9.00 malam,telah berlangsung satu mesyuarat "post mortem" bagi mengkaji dan mengambil tindakan tentang hal-hal berbangkit berkenaan Sambutan Aidilfitri 2009 yang lalu.

Mesyuarat berjalan lancar dan segala hal berbangkit telah dijawab oleh pengurusi blok,En.Shaari Hamid dan tidak lepas pandang juga ialah hal ehwal semasa di blok yang turut disentuh pada mesyuarat tersebut.



Walau bagaimana pun,tanpa diduga pengerusi blok,En. Shaari Hamid telah bertindak meletakkan jawatan secara mengejut dan perkara itu sememangnya telah membuatkan para AJK dan hadirin yang hadir pada malam itu tergamam.Selepas pengumuman perletakan jawatan itu saudara pengerusi telah bertindak keluar dewan dan seterusnya mesyuarat itu diambil alih oleh timbalan pengerusi blok En.Yatim.

Timbalan pengerusi dengan tidak membuang masa menyatakan pendirian beliau yang membantah perletakan jawatan tersebut dan menurut beliau masalah kesihatan dan rutin pekerjaan yang menuntut waktu kerja yang tidak anjal bukan masalah utama.Beliau cuba mendapatkan pandangan para AJK mengenai perkara ini tetapi,rata-rata para AJK & hadirin tidak mampu bersuara pada ketika itu.Akhirnya,saudara timbalan pengerusi bertindak mengarahkan setiausaha untuk mengambil langkah yang sewajarnya bagi menidakkan perletakan jawatan tersebut.

Kami di Media Baru Umno Cawangan Orkid akan memberikan laporan terperinci mengenai perletakan jawatan ini.Persoalannya ialah,samada saudara pengerusi akan tetap dengan pendiriannya atau akan kembali semula ke kerusi tersebut?Itu semua belum pasti kerana kami mendengar khabar angin bahawa perletakan jawatan ini akan ditarik balik tetapi mempunyai beberapa syarat tertentu...wakil kami akan menyiasat perkara ini dan akan cuba mencari "syarat-syarat" tersebut dan seterusnya akan dilaporkan di blog ini.Kami juga ada mendengar desas desus bahawa perletakkan jawatan tersebut juga berpunca dari situasi di mana terdapat beberapa kumpulan yang mempunyai pendirian berbeza dan akhirnya menyebabkan pengerusi blok 6F, En.Shaari bertindak meninggalkan kerusi utama.

Laporan terkini akan menyusul dan pihak Media Baru Umno Cawangan Orkid bersedia untuk menerima sebarang maklumat dan respon dari para penduduk blok 6F.Segala pandangan dan pendapat anda boleh di hantar melalui e-mail di umno.orkid@gmail.com dan pihak kami akan merahsiakan identiti pengirim e-mail.

No comments:

Post a Comment