Sunday, November 1, 2009

Acara Tarik Tali-Blok 6F Mendapat Tempat Ke-3







Tahniah!!!!

Sempena Karnival Kejiranan Presint 9 yang diadakan baru-baru ini.Blok 6F telah menghantar satu pasukan dalam mengambil bahagian di dalam acara tarik tali.Di atas semangat kejiranan yang tinggi,pasukan ini juga telah menamakan pasukan mereka sebagai "Blok 6F".

Walaupun kebanyakkan ahli pasukan kurang terdedah dalam acara seperti tarik tali ini.Namun,atas semangat kesukanan dan kerja berpasukan.Akhirnya,Blok 6F telah berjaya merangkul tempat ketiga dan seterusnya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM1000.

Menurut ketua pasukan Blok 6F saudara Annuar Ismail.."kejayaan ini adalah hasil daripada kerjasama berpasukan serta para penyokong yang tidak berbelah bagi menyokong kami..tanpa faktor ini pasti kami tidak berada di tahap ini.kejayaan ini juga akan menjadi titik tolak dalam penglibatan serius pasukan ini di dalam acara tarik tali di masa hadapan"

Kami,bagi pihak penghuni Blok 6F sangat berbangga dan ingin mengucapkan tahniah di atas kejayaan mereka.

No comments:

Post a Comment