Tuesday, August 31, 2010

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-53



Salam Satu Malaysia,

Umno Cawangan Orkid Putrajaya, Pemuda Umno,Puteri Umno dan Persatuan Penduduk Blok 6F,Presint 9,Putrajaya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Negara Yang Ke-53.

"Satu Malaysia Menjana Transformasi"




Klik imej di bawah dan anda akan dibawa terus ke laman web rasmi MalaysiaMerdeka.gov.my





Hubungi kami/Contact us:umno.orkid@gmail.com

Monday, August 16, 2010

Derma Amal Jariah Ihya' Ramadhan Almubarak


Assalamualaikum.

Sukacita dimaklumkan bahawa borang untuk derma amal jariah serta sumbangan untuk aktiviti surau seperti kelas pengajian agama dan lain-lain keperluan surau telah diedarkan oleh AJK Persatuan Penduduk Blok 6F ke dalam peti surat masing-masing.

Jika anda berhajat untuk menderma, anda boleh kembalikan borang tersebut kepada AJK Surau Saidina Othman Ibni Al Affan yang terletak di Blok 6D. Walaubagaimana pun, untuk memudahkan urusan anda, kita mempunyai AJK surau yang menetap di Blok 6F iaitu En.Shaari Hamid. Anda juga boleh berurusan dengan beliau dan jika anda ingin mendapatkan maklumat lanjut, anda boleh menghubungi En.Shaari Hamid di talian 013-3810823.

Sekian harap maklum.



Hubungi kami/Contact us:umno.orkid@gmail.com

Sumbangan Derma Ikhlas Untuk Surau Saidina Othman


Assalamualaikum.

Pihak blogger Umno Orkid dan Persatuan penduduk blok 6F ingin memaklumkan bahawa Surau Saidina Othman Ibnu Affan, Blok 6D,Presint 9,Putarajaya sedang mengadakan kutipan derma ikhlas sempena bulan Ramadan. Kutipan ini bagi bertujuan untuk mengisi tabung surau tersebut.

Sehubungan dengan itu, Ahli Jawatankuasa Surau akan mengadakan kutipan derma ikhlas pada:

Tarikh: 28 Ogos 2010

Hari: Sabtu

Masa: 10:00 pagi

Diharap, penghuni blok 6F dan ahli Umno Caw. Orkid dapat memberikan kerjasama. Mudah-mudahan segala apa yang disumbangkan diberikan ganjaran oleh Allaw SWT.

P/S: Minta dipanjangkan hebahan ini kepada jiran tetangga dan rakan taulan di blok kita.

Terima kasih;

Mesej ini dibawakan khas oleh Persatuan Penduduk Blok 6F dan Umno Cawangan Orkid.




Hubungi kami/Contact us:umno.orkid@gmail.com

Wednesday, August 11, 2010

Salam Ramadhan


Assalamulaikum,

Umno Cawangan Orkid Putrajaya dan Persatuan Penduduk Blok 6F ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak. Marilah kita bersama-sama meningkatkan amal dan membuat kebajikan di bulan yang mulia ini.




Hubungi kami/Contact us:umno.orkid@gmail.com