Tuesday, September 21, 2010

Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Ahli Parlimen Putrajaya


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,

Kami ingin memanjangkan jemputan rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri yang akan diadakan oleh Ahli Parlimen Putrajaya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansur. Majlis akan berlangsung pada masa dan tarikh berikut:

Tarikh: 24 September 2010-Jumaat
Masa: 4:00 Petang Hingga 7:00 Malam
Lokasi: No.13, Jalan P10D,
Presint 10, Putrajaya
Jemputan: Semua ahli UMNO dan penduduk Putrajaya dijemput hadir bagi memeriahkan majlis.





Hubungi kami/Contact us:umno.orkid@gmail.com

Wednesday, September 8, 2010

PAS masuk Putrajaya







Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia,

Dalam kita semua sedang sibuk menguruskan persiapan untuk berhari raya dan mungkin ada yang sedang berkira-kira untuk memulakan perjalanan jauh untuk pulang ke kampung, tanpa kita sedari rupa-rupanya parti lawan iaitu PAS juga sedang sibuk mempromosikan idealogi mereka di kawasan kita.

Kali ini, pada 7/9/2010 lebih kurang jam 5:30 petang mereka tanpa berselindung telah mengedarkan akhbar Harakah dan Fikrah di kawasan umum iaitu di Putrajaya Sentral. Aktiviti mereka lebih tertumpu kepada pengguna perkhidmatan ERL dan mereka telah menunggu para penumpang yang keluar dari kaunter check-out. Apabila pengguna melepasi kaunter tersebut, mereka terus menghulurkan akhbar-akhbar tersebut.

Saya yang kebetulan berada di kawasan tersebut turut disuakan dengan akhbar tersebut dan apabila diteliti, di dalam akhbar tersebut turut tersisip risalah "Kempen Balik Kampung" yang mana antara kandungannya ialah menyentuh isu harga barang naik seperti tepung, minyak dan ayam. Di samping itu, terdapat seruan mendoakan kejayaan anak-anak yang akan menduduki peperiksaan UPSR-pass, PMR-pass, SPM-pass, dan yang tak sedapnya ada juga PRU-13-Undi PAS.

Terkandung juga 9 langkah satu persatu "bagaimana ajak orang kampung sokong PAS" yang tak tergamak saya nyatakan di sini. Sampaikan diajar bagaimana anjurkan majlis berbuka puasa dan rumah terbuka dan diselitkan dengan tayangan VCD ceramah sebelum makan...Di samping itu terdapat juga "point-point" yang menunjukkan kejayaan Pakatan Rakyat di negeri Kelantan, Kedah, Selangor, dan Pulau Pinang. Di muka akhir risalah terdapat satu ruangan khas iaitu "Kenapa PAS Pilihan Saya" yang mengandungi 15 ideologi atau dakyah yang cuba mengelirukan orang ramai.

Saya sempat mengambil beberapa keping gambar sebagai bukti kegiatan mereka dan gambar-gambar itu seperti yang saya siarkan di sini. Saya juga turut terserempak dengan saudara Zach yang turut bergegas ke situ hasil maklumat dari "Black-Shafiq". Setelah itu kami sama-sama meninjau kegiatan mereka dan boleh kami katakan aktiviti mereka disertai oleh tidak kurang dari 10 orang lelaki dan wanita. Setelah lebih setengah jam memerhatikan mereka, saya terus ke kaunter pengawal dan bertanyakan samada mereka mempunyai sebarang kebenaran untuk mengedarkan akhbar tersebut. Ini kerana saya melihat mereka begitu "aman" melakukan kerja-kerja pengedaran akhbar tersebut. Setelah saya tanyakan kepada ketua pengawal yang bertugas, barulah beliau pergi ke "kumpulan" tersebut dan selepas itu, saya dapati mereka masih lagi meneruskan pengedaran akhbar tersebut. Saya jangkakan, lebih 200 keping akhbar telah berjaya diedarkan. Mereka tanpa segan silu mengejar orang ramai dan menghulurkan akbar tersebut walaupun ada orang awam yang tidak mahu menerimanya.

Bagi saya, ini adalah satu petanda yang jelas bahawa mereka sudah bersedia menjalankan perang saraf di kawasan Putrajaya dan mempamerkan kerakusan mereka untuk merampas kawasan ini. Kita tidak tahu apa bentuk program mereka di masa hadapan dan saya tidak terkejut jika ada lagi aktiviti perang saraf yang lebih dahsyat yang akan berlaku. Para pemimpin dan ahli Umno Putrajaya perlu sedar dan bangkitlah segera sebelum terlambat. Mereka nampaknya begitu angkuh dan optimis untuk "menawan" Putrajaya kerana saya berpendapat, mereka mengidamkan kawasan kita ini dan berkira-kira untuk menakluki Putrajaya dan menjadikan kawasan ini sebagai "command centre". Bagi mereka kawasan ini sememangnya sangat strategik dan telah sedia lengkap dengan segala bentuk prasarana dan sangat sesuai untuk dijadikan pusat operasi mereka.









Hubungi kami/Contact us:umno.orkid@gmail.com

Tuesday, September 7, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin










Asslamualaikum dan salam 1 Malaysia,

Kami sangat bersyukur dan berterima kasih kepada penduduk Blok 6F khususnya kerana baru-baru ini kita telah berjaya menjalankan program mengacau dodol dan turut di sertai bersama Pemuda Umno Bahagian Putrajaya. Bukan itu sahaja, malah acara berbuka puasa juga telah turut diadakan sekali pada petang tersebut..

Segalanya telah berlaku pada 4-9-2010. Walaupun pada asalnya, idea mengacau dodol itu terhasil dari bualan di kedai mamak dan pada mulanya hanya dicadangkan pada skala yang kecil..bertujuan semata-mata untuk memeriahkan sambutan Hari Raya pada kali ini. Tapi, akhirnya bukan mengacau dodol dan berbuka puasa sahaja yang berjaya diadakan. Malah,lampu panjut juga telah berjaya didirikan di hadapan lobi Blok 6F dan boleh kami katakan sebagai lampu panjut yang pertama yang berjaya didirikan di Putrajaya pada sambutan Hari Raya kali ini. Terima kasih kepada En.Jamal dan En.Din yang bersusah payah keluar menebang buluh dengan menggunakan inisiatif sendiri dan terima kasih juga kepada rakan-rakan setia yang bukan sahaja setia semasa berbual di lobi dan kedai mamak..malah turut sama melerai peluh menyiapkan lampu panjut tersebut..

Kami akan siarkan di sini gambar-gambar proses pembikinan lampu panjut dan suasana sekitar program mengacau dodol bersama penduduk dan Pemuda Umno Putrajaya.

Di kesempatan ini, kami mewakili media baru Umno Orkid, Persatuan Penduduk dan Umno Cawangan Orkid serta cabangnya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada semua yang mengikuti blog ini, rakan-rakan di Facebook dan twitter dan sesiapa jua yang berurusan secara langsung dan tidak langsung dengan pihak-pihak di atas. Semoga, Hari Raya pada kali ini membawa seribu erti kepada anda semua.

Dodol Lambung dan Lampu Panjut Umno Orkid











Hubungi kami/Contact us:umno.orkid@gmail.com

Friday, September 3, 2010

Gotong royong mengacau dodol dan majlis berbuka puasa



Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia,

Sempena menjelangnya Hari Raya Aidilfitri tidak berapa lama lagi, penduduk Blok 6F dengan kerjasama Persatuan Penduduk dan disertai oleh Pemuda Umno Bahagian Putrajaya telah bercadang untuk mengadakan acara "mengacau dodol". Kami mengambil kesempatan ini untuk mengajak semua penduduk untuk menyertai majlis ini. Di samping mengacau dodol, kami juga akan mengadakan majlis berbuka puasa di blok kita bersama pemimpin Pemuda Umno Bahagian Putrajaya Datuk Ahmad Zaki Zahid.

Aturcara majlis adalah seperti berikut:

Tarikh: 4 Sept.2010 (Sabtu)
Masa: Bermula dari jam 3:00 petang hingga acara mengacau dodol selesai
Berbuka puasa: Semua penduduk dijemput hadir. Hidangan berbuka puasa disediakan
Yuran kutipan dodol: RM20.00


Kami sangat berharap agar para penduduk Blok 6F dapat meluangkan masa dan meramaikan majlis gotong royong dan berbuka puasa tersebut.

Sila email kami jika anda memerlukan sebarang maklumat lanjut.

Terima kasih;






Hubungi kami/Contact us:umno.orkid@gmail.com