Saturday, October 31, 2009

Majlis Tahlil & Doa Selamat Di Rumah Datuk Ahmad Zaki



Kenduri tahlil & doa selamat telah diadakan di rumah Datuk Ahmad Zaki sempena mendoakan kesejahteraan beliau dan ahli keluarga yang akan ke Tanah Suci Mekah pada musim haji kali ini.

Majlis tersebut telah diadakan selepas solat Maghrib & walaupun hujan turun pada malam itu,Namun Pemuda Umno Cawangan Orkid tetap menghantar wakil bagi menghadiri majlis tersebut.

Di kesempatan ini,kami Pemuda Umno Cawangan Orkid ingin mengucapkan selamat jalan dan selamat pulang ke tanahair serta memperolehi haji yang mabrur.InsyaAllah.

Karnival kompleks kejiranan Presint 9




Hari ini telah berlangsung Karnival Kompleks Kejiranan Presint 9 di Putrajaya serta pelancaran Rakan Alam Sekitar.Majlis tersebut telah hadiri oleh Ahli Parlimen Putrajaya,Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Pelbagai aktiviti menarik yang akan diadakan sepanjang 2 hari karnival ini dan pelabagai jabatan dan agensi kerajaan turut serta memeriahkan majlis ini.Tidak ketinggalan syarikat-syarikat serta orang awam yang memenuhi barisan gerai yang disediakan oleh pihak Perbadanan Putrajaya.

Sungguhpun ketika pelancaran majlis ini diiringi oleh hujan yang turun sejak awal pagi.Namun,pelbagai lapisan masyarakat di Putrajaya tidak melepaskan peluang untuk berkunjung ke karnival ini dan mengikuti setiap aktiviti yang diadakan.

Syabas diucapkan kepada Perbadanan Putrajaya kerana menganjurkan aktiviti ini dan diharapkan agar karnival seperti ini dapat diadakan lagi pada tahun-tahun mendatang.

Majlis Tahlil En Badrul Sempena ke Tanah Suci.





Pada pagi ini jam 10:00 pagi telah berlangsung satu majlis tahlil dan doa selamat yang diadakan di Blok 6F-T13-U02 iaitu di rumah En.Badrul.Majlis ini diadakan bagi mendoakan kesejahteraan En.Badrul dan ibunya semasa di Tanah Suci Mekah serta turut mendoakan semoga mendapat haji yang mabrur dan selamat pergi dan pulang ke tanahair.

Majlis doa selamat ini juga turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Putrajaya,Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor serta ahli Umno dan penduduk blok 6F.

Friday, October 30, 2009

Projek Hotspot WiFi Di Blok 6F











Sebagai menyahut langkah kerajaan dalam memberikan pengetahuan IT dan seterusnya melahirkan masyarakat yang "celik IT".Umno,Pemuda serta penduduk blok 6F telah berada dalam fasa penyelidikan dalam memasang kemudahan WiFi/Hotspot di kawasan blok kediaman yang akan merangkumi 15 tingkat unit kediaman.Buat masa ini,pihak kami dalam pertimbangan untuk memilh peralatan dari SENAO Network iaitu EOC-8610S EXT atau EOC-2610 sebagai "main AP" sementara "bridge" pula akan menggunakan Linksys WRT54GL dan akan disokong oleh "outdoor antenna" 8dbi/12dbi untuk setiap AP.Keputusan akhir akan di bawa dalam mesyuarat pada 06/11/2009.

Thursday, October 29, 2009

Enjin Carian UMNO Orkid Dikuasakan Oleh Google



Gunakan enjin carian "Umno Orkid" yang mempunyai "keyword optimizing" yang memfokus kepada carian laman web yang bersangkut paut dengan aktiviti UMNO dan politik semasa.Fungsi ini boleh didapati di sebelah kanan bahagian atas blog ini.Hanya perlu taipkan "keyword" sebagai contoh "Umno" selepas itu klik "search" dan anda akan dibawa terus ke senarai laman web yang berkaitan.

Fungsi enjin carian ini dikuasakan oleh Google.

Pasukan F1 Satu Malaysia Tidak Relevan..?




Pasukan Pakatan Rakyat(PR) memberikan hujah bahawa pasukan "F1 Satu Malaysia" tidak sesuai dan tidak relevan diwujudkan buat masa ini.Dalam keadaan ekonomi yang masih dalam peringkat pemulihan,kewujudan pasukan itu mengundang keresahan rakyat.Menurut pasukan Pakatan Rakyat,fenomena F1 di kalangan rakyat Malaysia hanyalah lebih cenderung sebagai penonton dan lebih ramai lagi rakyat yang gemar menonton siaran langsung perlumbaan tersebut dari kaca tv berbanding pergi ke Litar F1 Sepang.

Walaupun,pihak kerajaan menyatakan bahawa kerajaaan hanya menyokong dan segala biaya projek tersebut ditanggung sepenuhnya oleh pihak swasta dengan kerjasama Air Asia,Naza Motor,Persatuan Permotoran Malaysia dan SIC.Namun,pasukan Pakatan Rakyat tetap mempersoalkan tentang mengapa negara di sebelah rantau ini yang mempunyai teknologi permotoran yang lebih terkehadapan dari kita contohnya Korea Selatan tidak pula beria-ia dalam menyertai F1.Adakah penubuhan pasukan ini hanya akan memberikan keuntungan kepada sebelah pihak sahaja dan apabila berlaku kegagalan pula maka 1Malaysia pula yang akan menanggung akibatnya?

Mungkin kita perlu melihat pula persepsi dari Pasukan "F1 Satu Malaysia" berkenaan motif dan agenda mereka.Sudah tentu Tony Fernandez dan pasukannya punya jawapan yang tersendiri memandangkan projek usahasama ini akan menelan perbelanjaan permulaan berjumlah RM168 juta dan perbelanjaan tahunan untuk menyertai perlumbaan seperti yang dirancang pula ialah RM308 juta.

Monday, October 26, 2009

Rakaman Video Ucapan Bajet 2010

Rakaman Video Ucapan BAJET 2010 oleh YAB Perdana Menteri Malaysia / Menteri Kewangan. Sila klik pada imej di bawah untuk melihat.



Bagi memastikan kualiti paparan video terbaik, anda memerlukan keupayaan jalur lebar (bandwidth) minima 1 Mbps.

Friday, October 23, 2009

Al-Fatihah



Assalamualaikum,

Untuk makluman,ibu kepada ahli Wanita Cawangan Putrajaya,Puan Maimon(6F-T09-U02) telah kembali ke rahmatullah pada pagi tadi.Mesej ini telah di panjangkan kepada saya oleh saudara Annuar Ismail,ketua Pemuda Cawangan Orkid dan beliau bersama isteri akan menziarahi keluarga Puan Maimon di Kuala Pilah,N.Sembilan pada hari ini.

Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah ibu Puan Maimon dan berdoa semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman.Al-Fatihah.

Siaran Langsung Belanjawan 2010

Pembentangan belanjawan 2010 boleh diikuti secara langsung pada jam 4:00 petang ini.Anda boleh memilih samada untuk mengikuti pembentangan tersebut melalui audio atau visual.Sila klik imej di bawah untuk di bawa secara terus ke laman web rasmi BAJET 2010.

Thursday, October 22, 2009

Harapan Seorang PEMUDA Terhadap Belanjawan 2010



"Demi negara, harap (PM) Dato' Seri Najib utamakan apa2 kepentingan rakyat Malaysia golongan Belia/muda mudi kerana mereka adalah majoriti pengundi Malaysia. Utk bajet 2010 Perbelanjaan, Kos sara hidup, Peluang berniaga/kerja,harap dpt beri kelebihan kpd mereka ini. golongan kita pemuda2 rakyat Malaysia lah penentu hala tuju masa dpn negara-dari Blackpemudaorkid utk 1Malaysia."

Kata-kata di atas dipetik terus dari sms saudara Mohd Shaffeq Suhaimi@black ke telefon bimbit saya dan ditujukan kepada laman web onemalaysia.com.my.Pada ketika sms ini dihantar beliau sedang berada di Wad Pembedahan 3A,Hospital Putrajaya kerana menerima rawatan lanjut akibat dari kemalangan yang beliau alami kira-kira 3 bulan yang lalu.

Walaupun beliau sedang terlantar sakit dan tidak dapat bersama kami.Tetapi,semangat dan tahap kesetianegaraan beliau sangat mengharukan sehinggakan tidak lupa untuk memberikan pendapat beliau sempena pembentangan belanjawan 2010 esok.

Kami,para penduduk blok 6F,ahli Umno dan Pemuda tidak lupa berdoa semoga saudara Shaffeq@black cepat sembuh seperti sediakala.Amin.

Wednesday, October 21, 2009

Terima Kasih atas Maklum Balas Belanjawan Anda



Petikan dari laman web onemalaysia.com.my

"Saya sungguh teruja pagi ini bila mendapati telah menerima lebih daripada 400 komen dan e-mel berhubung saranan saya bagi anda mengemukakan cadangan belanjawan Malaysia. Selepas satu perjalanan yang sungguh berhasil ke Perancis, amat mengharukan bila melihat semangat rakyat Malaysia apabila mereka mengambil tanggungjawab sivil dan kesetianegaraan mereka dengan memberikan input kepada belanjawan negara. Saya telah menyelami beberapa saranan untuk memastikan yang mana akan dipertimbangkan untuk dimasukkan dalam belanjawan atau dalam dasar negara.

Kepada semua yang telah sudi menyumbangkan idea, terima kasih daun keladi. Saya akan membincangkan idea-idea ini dengan Kementerian Kewangan tidak beberapa lama lagi, dan akan melaporkannya lagi, bagaimana mungkin kami menggabungkan cadangan-cadangan anda itu melalui blog 1Malaysia"-Dato' Seri Najib Tun Razak

Anda juga masih berpeluang untuk memberikan maklumbalas kepada belanjawan 2010.Klik pautan di bawah untuk di bawa secara langsung ke laman web onemalaysia.com.my

Maklumbalas mengenai belanjawan 2010

Gambar Sekitar Perhimpunan Agung Umno 13-16 Oktober 2009

Klik imej di bawah untuk melihat galeri gambar sekitar perhimpunan agung UMNO pada 13-16 Oktober 2009.(ikhsan Berita Harian Online)




KUALA LUMPUR: Seramai 2,539 perwakilan Umno bersidang dalam Perhimpunan Agung Umno 2009 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini, dengan tumpuan utama kepada Ucapan Dasar Presiden parti, Datuk Seri Najib Razak pada majlis perasmiannya.

Perkara kedua yang menjadi tumpuan ialah pindaan perlembagaan parti yang merupakan sebahagian daripada usaha "mentransformasikan" Umno oleh Najib.

Pindaan ini, yang akan dibuat pada perhimpunan agung khas selepas majlis perasmian perhimpunan agung itu, akan membabitkan tujuh usul pindaan kepada perlembagaan parti itu termasuk cadangan menambah bilangan perwakilan pada pemilihan pimpinan tertinggi parti dan di peringkat bahagian kepada 146,500 orang daripada 2,510 pada masa ini.

Sebelum merasmikan perhimpunan agung itu, Najib menghadiri majlis menaikkan bendera Umno dan memeriksa perbarisan oleh anggota sayap-sayap Umno iaitu Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno di Plaza Merdeka. - Bernama

Wednesday, October 14, 2009

Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Cawangan Orkid



Aras bawah blok 6F-Sejak awal pagi lagi telah bermula kerja-kerja gotong royong bagi para penghuni yang mempunyai kesempatan(suri rumah tangga & mereka yang bercuti) untuk menyediakan hidangan makanan.Aktiviti itu diteruskan hingga ke petang dengan bilangan penduduk yang lebih ramai bila mana mereka yang pulang dari pejabat turut meringankan tulang.Antara kerja yang dilakukan ialah menyusun kerusi dan meja serta menghidangkan lauk-pauk yang telah siap dimasak.

Acara bermula pada lebih kurang jam 8:30 malam dan kelihatan begitu meriah sekali.Para penghuni blok 6F begitu ceria turun dengan barbaju"raya" serta kanak-kanak juga tidak ketinggalan menggamatkan suasana.Sambil menjamu selera,para penduduk dapat beramah mesra bertanya khabar sesama mereka.Acara diserikan lagi dengan nyanyian "karaoke"lagu-lagu raya yang berjaya mencungkil bakat nyayian para penduduk blok 6F.

Sesungguhnya,sambutan Hari Raya pada kali ini amat meriah sekali dengan pelbagai hidangan tradisional menjadi menu utama serta diserikan lagi dengan kuih-muih.Di samping itu, ianya juga dapat merapatkan lagi tali silaturrahim sesama penduduk serta komuniti ahli Umno dan Pemuda.Diharapkan,tradisi seperti ini dapat diteruskan lagi di tahun hadapan.

Tuesday, October 13, 2009

Gotong Royong Sempena Sambutan Hari Raya Blok6F 2009



Aras Bawah Blok 6F-Ahli Umno & penduduk Blok 6F telah bersama-sama bergotong royong bagi menjayakan sambutan Hari Raya yang akan diadakan esok iaitu pada 14-10-2009.Antara kerja-kerja yang dilakukan ialah memasang "kanopi" dan menyediakan persiapan untuk memasak hidangan untuk keesokkan harinya.

Para wanita juga tidak ketinggalan dalam gerak kerja ini di mana mereka juga memainkan peranan di dalam menyediakan minuman dan juadah kepada kaum lelaki yang sibuk dengan kerja-kerja menaikkan kanopi.

Boleh dikatakan,kebanyakkan dari mereka baru sahaja pulang dari pejabat dan dengan pakaian kerja terus sahaja meluangkan masa bersama-sama menjayakan gotong-royong ini.Sesungguhnya,penglibatan mereka membuktikan bahawa semangat muhibbah sentiasa berada di dalam jiwa dan sanubari penduduk Blok6F.

"Blog Master"mewakili ketua Umno Caw.Orkid En.Shaari,ketua Pemuda Umno Caw.Orkid En.Annuar dan AJK Blok6F ingin menjemput semua pembaca dan pengikut setia laman blog ini hadir bersama ke Majlis Sambutan Hari Raya yang akan diadakan pada 14-10-2009,jam 8:30pm-10:00pm bertempat di aras bawah Blok6F.

Rumah terbuka Pemuda UMNO Putrajaya bersama 4 Exco Pemuda UMNO Malaysia



Pada 12 Oktober 2009,Pemuda Umno Putrajaya & 4 ahli Exco Pemuda Umno Malaysia telah mengadakan sebuah majlis rumah terbuka yang telah diadakan di Kompleks Kejiranan Presint 11.

Pemuda & ahli Umno Cawangan Orkid juga telah turut hadir bagi memeriahkan majlis tersebut.Kelihatan juga Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor selaku Ketua Umno Bahagian Puterajaya telah bersama-sama menghadirkan diri ke majlis tersebut.


Sesungguhnya,majlis rumah terbuka seperti itu dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di antara ahli Umno dan juga para pemimpin.

Sunday, October 11, 2009

Pilihanraya Kecil N.31 Bagan Pinang






PORT DICKSON-Umno Cawangan Orkid,Putrajaya telah menghantar wakilnya untuk mengikuti perkembangan mutakhir Pilihanraya Kecil N.31 Bagan Pinang.En.Anuar Bin Ismail sebagai ketua Pemuda Umno Cawangan Orkid telah bertindak sebagai ketua rombongan yang turut disertai oleh ahli pemuda Umno yang terdiri daripada Razak,Izat dan Yuzafi.


Rombongan tersebut telah bertolak seawal jam 6.15 pagi dari Putrajaya dan mereka telah membantu jentera Barisan Nasional yang bekerja keras di sana untuk memastikan segala perjalanan kempen dapat dilaksanakan dengan berkesan walaupun terdapat beberapa insiden yang tidak diingini berlaku.(sila lihat gambar di atas)

Sungguh pun begitu,berkat kerja keras & muafakat semua jentera parti beserta keyakinan para pengundi.Maka,dalam perjalanan pulang ke Putrajaya,rombongan kami telah menerima berita gembira bahawa Barisan Nasional yang diwakili bekas Menteri Besar Negeri Sembilan,Tan Sri Isa Samad telah berjaya memperolehi 8,013 undi manakala PAS dengan 2,578 undi dengan majoriti 5,435.