Tuesday, July 27, 2010

Bersantai di Lopo Blue River


Pada 24/7/2010(Sabtu) yang lepas, beberapa keluarga dan ahli Umno dari Blok 6F/Cawangan Orkid telah bersepakat untuk berehat dan bersantai bagi memenuhi waktu lapang di hujung minggu. Destinasi pilihan pada kali ini ialah Sungai Lopo(Lopo Blue River) di kawasan Sungai Congkak.

Aktiviti riadah tersebut sememangnya sungguh menyeronokkan dan kami semua telah bermalam di sana.Selain dari bermandi manda di kawasan jeram yang jernih dan segar airnya, kami juga turut mengadakan acara BBQ ayam dan lebih memeriahkan keadaan apabila pada hari terakhir di sana, kami telah menyediakan makan tengahari yang sungguh istimewa di mana ikan-ikan segar telah "dinaikkan" oleh kami dan terus dijadikan santapan yang sungguh menyelerakan.Antara hidangan tersebut ialah, ikan talapia bakar, ikan baung masak lemak cili api serta disulami dengan sambal belacan dan tempoyak.

Kami akan memuat naik gambar-gambar semasa bercuti di sana sedikit masa lagi.Diharap,pada masa hadapan aktiviti ini dapat diteruskan lagi.



Hubungi kami/Contact us:umno.orkid@gmail.com