Thursday, October 29, 2009

Pasukan F1 Satu Malaysia Tidak Relevan..?




Pasukan Pakatan Rakyat(PR) memberikan hujah bahawa pasukan "F1 Satu Malaysia" tidak sesuai dan tidak relevan diwujudkan buat masa ini.Dalam keadaan ekonomi yang masih dalam peringkat pemulihan,kewujudan pasukan itu mengundang keresahan rakyat.Menurut pasukan Pakatan Rakyat,fenomena F1 di kalangan rakyat Malaysia hanyalah lebih cenderung sebagai penonton dan lebih ramai lagi rakyat yang gemar menonton siaran langsung perlumbaan tersebut dari kaca tv berbanding pergi ke Litar F1 Sepang.

Walaupun,pihak kerajaan menyatakan bahawa kerajaaan hanya menyokong dan segala biaya projek tersebut ditanggung sepenuhnya oleh pihak swasta dengan kerjasama Air Asia,Naza Motor,Persatuan Permotoran Malaysia dan SIC.Namun,pasukan Pakatan Rakyat tetap mempersoalkan tentang mengapa negara di sebelah rantau ini yang mempunyai teknologi permotoran yang lebih terkehadapan dari kita contohnya Korea Selatan tidak pula beria-ia dalam menyertai F1.Adakah penubuhan pasukan ini hanya akan memberikan keuntungan kepada sebelah pihak sahaja dan apabila berlaku kegagalan pula maka 1Malaysia pula yang akan menanggung akibatnya?

Mungkin kita perlu melihat pula persepsi dari Pasukan "F1 Satu Malaysia" berkenaan motif dan agenda mereka.Sudah tentu Tony Fernandez dan pasukannya punya jawapan yang tersendiri memandangkan projek usahasama ini akan menelan perbelanjaan permulaan berjumlah RM168 juta dan perbelanjaan tahunan untuk menyertai perlumbaan seperti yang dirancang pula ialah RM308 juta.

No comments:

Post a Comment