Wednesday, October 14, 2009

Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Cawangan Orkid



Aras bawah blok 6F-Sejak awal pagi lagi telah bermula kerja-kerja gotong royong bagi para penghuni yang mempunyai kesempatan(suri rumah tangga & mereka yang bercuti) untuk menyediakan hidangan makanan.Aktiviti itu diteruskan hingga ke petang dengan bilangan penduduk yang lebih ramai bila mana mereka yang pulang dari pejabat turut meringankan tulang.Antara kerja yang dilakukan ialah menyusun kerusi dan meja serta menghidangkan lauk-pauk yang telah siap dimasak.

Acara bermula pada lebih kurang jam 8:30 malam dan kelihatan begitu meriah sekali.Para penghuni blok 6F begitu ceria turun dengan barbaju"raya" serta kanak-kanak juga tidak ketinggalan menggamatkan suasana.Sambil menjamu selera,para penduduk dapat beramah mesra bertanya khabar sesama mereka.Acara diserikan lagi dengan nyanyian "karaoke"lagu-lagu raya yang berjaya mencungkil bakat nyayian para penduduk blok 6F.

Sesungguhnya,sambutan Hari Raya pada kali ini amat meriah sekali dengan pelbagai hidangan tradisional menjadi menu utama serta diserikan lagi dengan kuih-muih.Di samping itu, ianya juga dapat merapatkan lagi tali silaturrahim sesama penduduk serta komuniti ahli Umno dan Pemuda.Diharapkan,tradisi seperti ini dapat diteruskan lagi di tahun hadapan.

No comments:

Post a Comment