Tuesday, September 7, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin










Asslamualaikum dan salam 1 Malaysia,

Kami sangat bersyukur dan berterima kasih kepada penduduk Blok 6F khususnya kerana baru-baru ini kita telah berjaya menjalankan program mengacau dodol dan turut di sertai bersama Pemuda Umno Bahagian Putrajaya. Bukan itu sahaja, malah acara berbuka puasa juga telah turut diadakan sekali pada petang tersebut..

Segalanya telah berlaku pada 4-9-2010. Walaupun pada asalnya, idea mengacau dodol itu terhasil dari bualan di kedai mamak dan pada mulanya hanya dicadangkan pada skala yang kecil..bertujuan semata-mata untuk memeriahkan sambutan Hari Raya pada kali ini. Tapi, akhirnya bukan mengacau dodol dan berbuka puasa sahaja yang berjaya diadakan. Malah,lampu panjut juga telah berjaya didirikan di hadapan lobi Blok 6F dan boleh kami katakan sebagai lampu panjut yang pertama yang berjaya didirikan di Putrajaya pada sambutan Hari Raya kali ini. Terima kasih kepada En.Jamal dan En.Din yang bersusah payah keluar menebang buluh dengan menggunakan inisiatif sendiri dan terima kasih juga kepada rakan-rakan setia yang bukan sahaja setia semasa berbual di lobi dan kedai mamak..malah turut sama melerai peluh menyiapkan lampu panjut tersebut..

Kami akan siarkan di sini gambar-gambar proses pembikinan lampu panjut dan suasana sekitar program mengacau dodol bersama penduduk dan Pemuda Umno Putrajaya.

Di kesempatan ini, kami mewakili media baru Umno Orkid, Persatuan Penduduk dan Umno Cawangan Orkid serta cabangnya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada semua yang mengikuti blog ini, rakan-rakan di Facebook dan twitter dan sesiapa jua yang berurusan secara langsung dan tidak langsung dengan pihak-pihak di atas. Semoga, Hari Raya pada kali ini membawa seribu erti kepada anda semua.

Dodol Lambung dan Lampu Panjut Umno Orkid











Hubungi kami/Contact us:umno.orkid@gmail.com

No comments:

Post a Comment