Sunday, November 15, 2009

BBQ Di Laman Blok 6F,Presint 9,Putrajaya





14-11-2009 Laman Blok 6F- Pada lebih kurang jam 11:15 malam,acara BBQ telah di mulakan dengan meriahnya di mana persiapan untuk acara ini telah di adakan sejak awal petang lagi.Kami telah mendapatkan daging kambing,lembu dan ayam serta barang keperluan lain dari pasaraya dan pekan Dengkil walaupun pada waktu itu hujan turun dengan agak lebat.

Pada awalnya,kami merancang untuk mengadakan BBQ di Sungai Congkak.Tetapi,atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan serta faktor cuaca yang tidak menentu sekarang,kami telah mengambil keputusan untuk mengadakan BBQ tersebut di laman Blok 6F.



Pada malam itu En.Ajak telah memberikan kejutan dengan memberikan sumbangan ikan pari,Haji Jamil pula telah sudi memberikan sup ayam manakala En.Shaari,pengerusi Blok 6F pula telah bermurah hati memberikan ikan kaloi yang agak besar untuk dijadikan hidangan.Menurut beliau ikan kaloi tersebut telah dipelihara selama 2 tahun di dalam akuarium di rumahnya dan selepas dibakar..ternyata isi ikan tersebut memang lembut dan sedap dimakan.Acara makan malam pada waktu itu sangat meriah dan lebih menyeronokkan lagi kami makan bersama-sama setelah penat menyediakan hidangan tesebut secara bergotong royong.



Acara BBQ seperti ini sememangnya sangat berfaedah kerana dapat merapatkan tali silaturrahim sesama penduduk blok.Kami juga merancang untuk mengadakan acara seperti ini di lain waktu dan berkemungkinan akan diadakan di Sungai Congkak seperti rancangan awal.



Dikuasakan Oleh:


Blok 6F,Fasa 5&6,
Presint 9,
Putrajaya,MALAYSIA

email:umno.orkid@gmail.com

6 comments:

  1. Salam IMALAYSIA.
    Tahniah untuk semua kerana program BBQ telah dapat dijalankan .Saya memohon maaf kerana tidak dapat turut serta kerana ada hal tidak dapat di elakkan di kl.Program seperti ini perlu dibuat selalu untuk merapatkan silahturahim diantara penduduk dan juga ahli caw umno orkid.Ini kita anggap satu permulaan yang baik. InsyaAllah kita akan mengatur program yang lain pulak bergantung pada keadaan dan kos semasa.

    Ikhlas
    Annuar Ismail
    Ketua Pemuda Orkid

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas komen anda.Kami "Pemuda" akan sentiasa memberikan kerjasama kepada pucuk pimpinan dan akan sentiasa menyokong segala usaha kearah perpaduan.

    Yuzz,
    Umno Orkid Blog Developer

    ReplyDelete
  3. saya terharu dan berbulu.....blok 6f memang selalu buat makan2 tp yang makan orang lain, yang sediakan orang lain

    ReplyDelete
  4. yuzz....tolong sebarkan...nak buat collection untuk beli ubat nyamuk, nak letak kat tpt parking berdekatan dengan loji.....tpt pembiakan nyamuk....nyamuk2 terbang sampai masuk rumah penghuni blok 6f

    ReplyDelete
  5. Nak kena report kat kementerian kesihatan nie...bab nak kumpul duit untuk beli ubat nyamuk...nanti saya bagi tau boss :)

    ReplyDelete
  6. Bab makan2 pulak,kami memang berniat nak buat majlis makan2 lagi.Siapa berhajat silalah turun.lebih afdal kalau sama-sama bergotong royong dari mula sampai habis majlis :)

    ReplyDelete