Thursday, November 26, 2009

MAJLIS KORBAN BESAR-BESARAN (31 LEMBU) & JAMUAN RAKYAT PUTRAJAYA AHAD INI





PUTRAJAYA – Parlimen Putrajaya dan UMNO Bahagian Putrajaya kini telah bersiap sedia untuk menjayakan Majlis Korban yang terbesar pernah diadakan di Parlimen berkenaan sempena Hari Raya Adil-Adha.

Lebih 31 ekor lembu yang disumbangkan oleh Ketua UMNO Bahagian, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bakal dikorbankan sempena Adil Adha ini dengan dua ekor ditumbangkan khusus untuk penyediaan Jamuan Rakyat.

Segala persiapan dan kesibukan bagi menyambut Aidil Adha sudah terasa di sekitar perumahan di Putrajaya; lebih-lebih lagi di sekitar Presint 8 yang menjadi lokasi program korban serta Jamuan Rakyat ini pada 29hb November (Ahad) ini.

Mengikut Pengerusi Majlis Korban ini, Haji Nordin Hassan bagi memudahkan upacara korban itu, setiap Cawangan akan menamakan tujuh (7) nama supaya sebelum penyembelihan dibuat, Ustaz yang terlibat dapat membaca nama-nama tersebut. Semua 29 ekor lembu untuk dikorban akan sampai pada Khamis ini (26/11/09) atau Jumaat (27/11/09).

Katanya, lembu-lembu berkenaan akan dijaga oleh Ketua Cawangan Bunga Tanjung, saudara Zulkifli Bakar. Sebanyak 27 Cawangan termasuk dua (2) cawangan penaja yang baru iaitu Cawangan Bunga Cempaka dan Cawangan Bunga Sakura mendapat seekor lembu untuk dikorbankan oleh petugas masing-masing. Setiap cawangan juga akan mendapt satu khemah dan 20 helai baju T-Shirt untuk kegunaan petugas mereka..

Beliau yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Putrajaya memberitahu laman web ini, Jamuan Rakyat atau Khenduri Rakyat adalah acara yang pertama kali diperkenalkan dan ala `Rumah Terbuka Aidilfitri’ yang lepas yang mana mendapat sambutan luar dugaan.

Katanya, senu serta tugasan telah ditetapkan untuk setiap cawangan dan AJK iaitu seperti berikut:-

Bunga Teratai - Gulai Kawah
Bunga Kantan - Gulai Kicap
Bunga Dahlia - Sup Tulang
Bunga Raya - Nasi Putih
Wanita - Ayam Goreng & Sambal Belacan
Pemuda - Minuman

Menurutnya, program Jamuan Rakyat ini akan bermula jam 12 tengahari. Semua ahli UMNO dan penduduk Putrajaya adalah dijemput untuk hadir bagi memeriahkan lagi majlis ini.

Sumber:UmnoPutrajaya.com








Blok 6F,Fasa 5&6,
Presint 9,
Putrajaya,MALAYSIA
umno.orkid@gmail.com

No comments:

Post a Comment