Sunday, November 29, 2009

MAJLIS KORBAN BESAR-BESARAN (31 LEMBU) & JAMUAN RAKYAT PUTRAJAYA









PUTRAJAYA-Seawal pagi lagi ahli Umno,Pemuda Cawangan Orkid dan penduduk blok 6F telah bersedia di ruang lobi blok 6F untuk bersama-sama memeriahkan "majlis korban besar-besaran di Presint 8,Putrajaya".Malah,sejak semalam lagi terdapat beberapa orang ahli Umno dan Pemuda diketuai oleh En.Shaari Hamid telah datang ke kawasan padang Presint 8 di mana majlis korban tersebut diadakan.



Setibanya rombongan kami tiba di kawasan padang Presint 8,kami terus pergi ke khemah yang telah disediakan dan selepas memastikan segalanya dalam keadaan baik,kami pun bersama menjamah sarapan yang telah disediakan bagi mengumpulkan tenaga sebelum acara korban dilangsungkan.

Setelah bersarapan,kami terus pegi ruang tengah padang bagi mengenal pasti lembu yang telah disediakan untuk majlis korban tersebut.Akhirnya,setelah lembu berjaya ditumbangkan maka tugas menyembelih telah diserahkan kepada petugas(uztaz)untuk melaksanakan penyembelihan.Segalanya berjalan lancar,seterusnya tugas melapah dan memotong daging korban dilakukan di khemah secara gotong royong oleh para wanita dan dibantu oleh ahli Umno serta Pemuda Cawangan Orkid.



Begitu mengagumkan kerana "pasukan" kami menjadi antara pasukan yang terawal menyiapkan tugasan tersebut berkat kerjasama dan komitmen yang tinggi semua ahli.Setelah daging korban siap di bahagikan sama rata,kami pun terus menjamu selera di khemah "Jamuan Rakyat".

Kami Ahli Umno dan Pemuda Cawangan Orkid,serta penduduk blok 6F khasnya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli Parlimen Putrajaya,Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor,Exco Pemuda,Tun Faisal Ismail Aziz kerana sudi singgah dan melawat khemah kami.Terima kasih juga kerana sudi menganjurkan "Majlis Korban Besar-Besaran & Jamuan Rakyat"ini.Sesungguhnya,majlis seperti ini dapat merapatkan tali silaturrahim sesama ahli Umno dan penduduk Putrajaya khasnya.




Bukan itu sahaja,kami juga dimaklumkan bahawa majlis ini turut dihadiri oleh "rakan-rakan Facebook"Umno Cawangan Orkid yang mendapat informasi menerusi internet.Kami berharap semoga majlis ini dapat diadakan lagi pada tahun hadapan.InsyaAllah.











Blok 6F,Fasa 5&6,
Presint 9,
Putrajaya,MALAYSIA
umno.orkid@gmail.com

No comments:

Post a Comment