Bedah siasat kedua ke atas mayat Teoh Beng Hock mula dilakukan di Hospital Sungai Buloh tengahari ini.
Ia dimulakan selepas pelbagai proses imbasan dilakukan oleh pakar patologis terbabit.
Proses bedah siasat itu dijangka memakan masa tiga hingga lima jam untuk disiapkan.
Hadir menyaksikan bedah siasat itu dilakukan ialah pakar patologis dari Britain yang mewakil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Dr Peter Vanezis dan pakar patologis dari Thai, Dr Porntip Rajanasunand dari Thailand.
Dr Porntip tiba di hospital tersebut kira-kira jam 8.45 pagi manakala pakar di Britain itu pula tiba kira-kira lima minit kemudiannya.
Pihak media tidak dibenarkan menghampiri kawasan jabatan forensik dan mereka berkumpul di kawasan letak kereta yang terletak berdepan dengan jabatan tersebut.
Sementara itu, peguam keluarga Teoh, Gobind Singh Deo memberitahu media bahawa bedah siasat tersebut bermula jam 1 tengahari.
Menurutnya, pagi ini proses imbasan dan x-ray dilakukan ke atas mayat Teoh, yang digali semula semalam.
"Proses tersebut dijangka mengambil masa kira-kira tiga hingga lima jam. Diharapkan, ia dapat diselesaikan petang ini.
Bedah siasat tersebut dilakukan oleh Dr Khairul Aznam dan Dr Prashant Samberker yang memberitahu inkues kematian Teoh bahawa mangsa membunuh diri.
Seorang lagi pakar patologi, K Saravanan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, ditugaskan merakamkan gambar bedah siasat tersebut.
Dr Porntip, seorang pakar patologi terkemuka, yang bertugas dengan Jabatan Kehakiman Thailand sebelum ini memberitahu inkues yang sama bahawa berdasarkan foto dan bedah siasat pertama, ada kemungkinan punca kematian Teoh adalah homisid dan 20 peratus bunuh diri.
Veneziz (kanan) pula terkenal dengan penyiasatannya terhadap punca kematian Puteri Diana.
Keluarga Teoh dan dua adik beradiknya turut berada di hospital tersebut.
Mereka tiba pada kira-kira jm 9 pagi dan kemudian melakukan upacara sembahyang berhampiran jabatan forensik di situ.
Menurut Gobind, keluarga Teoh mahu mengkebumikan semula mayat mendiang esok dan polis juga telah menyatakan persetujuan mereka.
Walaupun petugas media tidak dibenarkan menghampiri jabatan forensik, tetapi keluarga Teoh, dari masa ke semasa, menyampaikan maklumat terkini dan foto kepada pihak media.
Dalam satu perkembangan berkaitan, Gobind mendakwa, sekumpulan individu yang tidak dikenali mengekori Dr Porntip sejak semalam dan menggesa mereka supaya tampil ke hadapan.
"Sejak petang Jumaat, beberapa buah kereta mengekori beliau balik ke hotel dan kemudiannya ke tanah perkuburan di Semenyih semalam (tempat mayat Teoh digali semula)," katanya.
Menurutnya lagi, sejak itu, pihak polis telah menugaskan beberapa anggotanya memantaunya sejak dimaklumkan mengenainya semalam.
Blok 6F,Fasa 5&6,
Presint 9,
Putrajaya,MALAYSIA
umno.orkid@gmail.com
No comments:
Post a Comment