Wednesday, November 4, 2009

Kelantan Dapat Wang Ehsan Minyak



Perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan di Dewan Rakyat hari ini bahawa Kelantan akan mendapat wang ehsan minyak mulai tahun hadapan.Pemberian ehsan ini adalah berdasarkan hasil minyak di luar pesisir pantai negeri itu.

Kerajaan negeri kelantan pula telah menuntut RM1 billion di mana pengiraan royalti itu dibayar dari tahun 2004 kerana mendapat maklumat daripada jabatan perangkaan bahawa operasi carigali itu telah bermula sejak tahun 2004.

Menurut Datuk Seri Najib pula,kerajaan Kelantan tidak berhak menuntut royalti itu kerana tuntutan itu terletak di dalam kawasan bertindih.Kerajaan Pusat telah meneliti tuntutan royalti itu dan ia sama seperti di Terengganu di mana Kerajaan Pusat hanya membayar wang ehsan.

"Bagi memastikan agihan wang ehsan itu dibuat dan dinikmati secara langsung oleh rakyat Kelantan, peruntukan tersebut akan disalurkan dalam bentuk projek pembangunan dan program membasmi kemisminan dan akan disalurkan terus oleh kerajaan (pusat) setelah berbincang dengan kerajaan negeri," katanya, lapor Bernama.

"Dari segi perundangan Kelantan tiada hak untuk membuat tuntutan begitu juga Terengganu," katanya.

Pada masa ini tidak ada pengeluaran petroleum dalam kawasan perairan Kelantan dan Terengganu. Jadi dari segi perundangan kerajaan negeri Kelantan tidak ada hak untuk menuntut royalti petroleum, begitu juga Terengganu.

No comments:

Post a Comment