Monday, April 12, 2010

Umno Orkid vs Umno Tulip








Pasukan Umno Orkid FC sekali lagi telah mengadakan perlawanan bola sepak persahabatan dan pada kali ini Umno Orkid FC telah bertembung dengan pasukan Umno Tulip FC.Pada perlawanan persahabatan tersebut,Umno Orkid FC telah berjaya memperolehi kemenangan 4-3 menewaskan pasukan Umno Tulip FC.

Perlawanan pada petang tersebut telah diadakan di padang Presint 8 dan walaupun hujan turun di tengah perlawanan,namun ianya tetap berlangsung dengan baik dan tiada insiden yang tidak diingini berlaku.

Menurut pengurus pasukan,En.Shaari Hamid
"Ini adalah kemenangan yang pertama buat pasukan Umno Orkid FC setelah 3 kali mengharungi perlawanan persahabatan.Saya gembira dan para pemain juga mula menampakkan keyakinan.Walaupun begitu,kami masih perlu banyak belajar dari pelbagai sudut dan saya tetap ingin menekankan bahawa para pemain perlu meningkatkan tahap kecergasan masing-masing."


Menurut beliau lagi "beberapa siri perlawanan persahabatan akan tetap diaturkan dan baru-baru ini,saya dimaklumkan melalui "facebook" Umno Orkid bahawa,ada kelab dari MMU Cyberjaya yang mempelawa untuk mengadakan perlawanan persahabatan bersama mereka.Tetapi,perkara ini masih lagi di dalam rundingan dan jika ianya berlaku,pastinya perlawanan itu akan dapat menyukat kemampuan pasukan kita yang sebenar."

"Kita nantikan perkembangan selanjutnya dari mereka dan para pemain haruslah sentiasa bersiap sedia." kata En.Shaari lagi.

"Banyak aspek teknikal yang perlu diperkemaskan lagi di samping para pemain harus bijak berkomunikasi di dalam padang".Itu adalah komen dari jurulatih pasukan Umno Orkid FC,En.Nazri.

Menurut beliau lagi,"para pemain perlu memberikan komitmen yang tinggi serta menunjukkan kebolehan masing-masing semasa perlawanan persahabatan.Ini kerana,anda sebenarnya sedang diperhatikan dan dinilai bagi diserapkan ke dalam kesebelasan utama pasukan."

"Jadi,para pemain perlu bijak mencari masa bagi meningkatkan tahap stamina dan cuba perbaiki mutu permainan semasa pasukan kita sedang dalam siri perlawanan persahabatan." komen beliau selepas tamat perlawanan.

Walaupun begitu,Pihak Media Baru Umno Orkid ingin mengucapkan tahniah kerana berjaya memenangi perlawanan persahabatan tersebut.Kami juga mengharapkan agar pasukan Umno Orkid FC akan terus berusaha dan akan muncul sebagai pasukan pilihan dalam Liga Umno Putrajaya nanti.

Kepada pasukan Umno Tulip FC,pihak kami ingin mengucapkan terima kasih di atas perlawanan tersebut dan selamat maju jaya untuk pasukan anda.

Majulah Sukan Untuk Semua.








Blok 6F,Fasa 5&6,
Presint 9,
Putrajaya,MALAYSIA
umno.orkid@gmail.com

No comments:

Post a Comment