Friday, April 2, 2010

Jangan politikkan sukan-Annuar Ismail


Berbangkit daripada artikel yang meyentuh kepada agenda pihak tertentu yang cuba mempolitikkan sukan dan menggugat kepercayaan para pemain dan ahli Umno Cawangan Orkid terhadap pihak pengurusan.Kami telah mendapat maklum balas daripada Ketua Pemuda Umno Cawangan Orkid merangkap ketua pasukan bola sepak Umno Orkid F.C,En.Annuar Ismail.

Beliau telah mengirimkan respon tersebut melalui email dan pihak kami merasakan bahawa maklumbalas tersebut sangat perlu dipaparkan di blog ini bagi memberi penjelasan dan pemahaman kepada semua.Berikut adalah respon En.Annuar Ismail yang kami salin dari kiriman email beliau.

"Salam 1MALAYSIA, Isu elaun dan cerita-cerita lain di Caw Orkid telah dicanangkan oleh individu yang tidak senang dengan aktiviti-aktiviti yang telah berjaya dilakukan oleh UMNO Caw Orkid banyak program telah disabotaj tetapi kami ahli Caw Orkid tidak pernah berundur dan beralah di dalam semua keadaan ini.

Percayalah hal sebegini berlaku di setiap Caw lain kerana mereka tidak mempunyai jawatan di Caw tersebut .Saya menyeru kepada mereka datang berjumpa KC,atau saya dan AJK UMNO Caw Orkid ceritakan apa masalah anda,
jangan membuat cerita bukan-bukan kerana ini akan melemahkan kepada mereka yang baru ingin menyertai dan mengenali UMNO .

Saya menasihatkan kepada mereka yang suka membuat cerita-cerita begini cukuplah dan kita betulkan diri kita dulu jangan asyik mencari kelemahan orang lain Kepada sesiapa yang terdengar cerita pasal isu ini dan mungkin ada cerita lain datanglah berjumpa saya , saya akan jelaskan."


"Jangan kita keruhkan suasana aman di putrajaya dan jangan kita selalu membuat fitnah."


Terimakasih
;

Annuar Ismail
Ketua Pemuda Caw Orkid
merangkap
Setiausaha Penerangan UMNO Bahagian Putrajaya







Blok 6F,Fasa 5&6,
Presint 9,
Putrajaya,MALAYSIA
umno.orkid@gmail.com

1 comment:

  1. Di bawah ini kami paparkan sebahagian komentar dari rakan-rakan di facebook Umno Orkid.

    Shah Adliezz
    Salam & Salam 1 Malaysia buat KPC Orkid & Ahli Orkid, saya juga tabik dgn cara Sdr.Anuar yg ingin membantu UMNO drpd segi aspek Sukan, saya juga berharap Liga Parlimen Putrajya ini akan menjadi satu medan untuk mencungkil bakat-bakat dikalangan ahli UMNO & pengundi UMNO di Putrajaya.Jgn jadikan liga ini untuk liga mencari makan memandangkan Hadiah ... See Moreyang ditawarkan amatlah lumayan. Kita semua berharap semoga matlamat Y.B.M Datuk Seri Ketua Bahagian kita supaya dengan adanya liga ini dapat menambah ahli UMNO baru serta menambah pengundi di Putrajaya akan tercapai.Memandangkan UMNO Caw antara caw yang sangat aktif... saya berharap Sdr.Anuar dpt meneruskan agenda utama perjuangan di dalam UMNO & tidak patah semangat dgn fitnah-fitnah yg telah dilemparkan.
    =============================================

    Jamal Mohd Zalizan
    Saya tabik dengan sdr anuar kpc cwgan orkid,niat kita nak membantu umno telah di salah ertikan oleh pihak lain mcm2 fitnah yang di taburkan, saya harap agar sdr anuar tidak gentar & patah semangat. Terus kan perjuangan dan memimpin pasukan sdr...Saya bersyukur pasukan bola sepak cwgan saya buat masa ini tiada masalah dan cerita yang kurang enak di dengar dari pihak lain...

    ReplyDelete