Sunday, April 4, 2010

Umno Orkid F.C vs Umno Kantan F.C







Pasukan Umno Orkid F.C telah sekali lagi mengadakan perlawanan persahabatan bola sepak dan kali ini seperti yang dijadualkan pasukan Umno Orkid telah bertembung dengan pasukan Umno Kantan di Cyberjaya pada jam 5:30pm.Perlawanan kali ini telah berlangsung dengan sengit dan pasukan Umno Orkid F.C telah bermain dengan baik walaupun tewas 3-4 kepada pasukan Umno Kantan F.C


Menurut jurulatih pasukan Umno Orkid En.Nazri, "pasukan kita telah bermain dengan baik dan kekalahan ini tidak begitu penting untuk diperkatakan kerana apa yang pasti pasukan kita telah mula mengenal pasti kelemahan yang ada."

Menurut En.Nazri lagi,"Para pemain dinasihatkan agar meningkatkan tahap kecergasan supaya dapat mengawal dan mengekalkan rentak permainan lebih-lebih lagi ketika sedang mendahului pasukan lawan.Tahap kecergasan yang tinggi diperlukan terutamanya setelah memasuki padang pada separuh masa kedua."


Pengurus pasukan Umno Orkid F.C En.Shaari Hamid juga memberikan nasihat kepada para pemain supaya menunjukkan disiplin yang baik semasa berada di padang dan jangan sekali-kali cuba mencetuskan ketegangan samada memberikan "isyarat tangan" atau apa sahaja tindakan yang kurang bijak.


Menurut beliau "tekanan mental dan fizikal adalah perkara biasa dalam bola sepak dan pemain seharusnya bijak menyerap elemen tersebut dan tidak sewenang-wenangnya menunjukkan perilaku yang tidak elok kepada penyokong atau pasukan lawan mahupun kepada sesiapa sahaja semasa permainan."



En,Shaari telah mengulas mengenai perkara tersebut berikutan ada seorang pemain lawan yang tidak dapat mengawal emosi apabila diberikan tekanan oleh penyokong di luar padang.


Pihak kami juga telah berjaya merakamkan gambar pada perlawanan tersebut.Kami juga mengalukan-alukan sebarang komen dan cadangan bagi meningkatkan prestasi pasukan Umno Orkid F.C.

Sila klik DI SINI untuk login ke Facebook bagi melihat gambar-gambar yang telah dimuat naik di sana.




Majulah Sukan Untuk Semua...!!!!!

*Blog Umno Orkid Adalah Blog Rasmi Pasukan UMNO ORKID F.C







Blok 6F,Fasa 5&6,
Presint 9,
Putrajaya,MALAYSIA
umno.orkid@gmail.com

2 comments:

  1. Pihak kami telah menerima beberapa lagi maklum balas berikutan komen daripada Ketua Pemuda Umno Cawangan orkid berikutan ada pihak tertentu yang cuba memecah belahkan keharmonian di Umno Cawanagan Orkid dan kali ini agenda sempit itu cuba diserapkan ke dalam pasukan bola sepak Umno orkid.Berikut adalah respon yang disalin dari Facebook Umno Cawangan orkid:

    Shah Adliezz
    Salam & Salam 1 Malaysia buat KPC Orkid & Ahli Orkid, saya juga tabik dgn cara Sdr.Anuar yg ingin membantu UMNO drpd segi aspek Sukan, saya juga berharap Liga Parlimen Putrajya ini akan menjadi satu medan untuk mencungkil bakat-bakat dikalangan ahli UMNO & pengundi UMNO di Putrajaya.Jgn jadikan liga ini untuk liga mencari makan memandangkan Hadiah yang ditawarkan amatlah lumayan. Kita semua berharap semoga matlamat Y.B.M Datuk Seri Ketua Bahagian kita supaya dengan adanya liga ini dapat menambah ahli UMNO baru serta menambah pengundi di Putrajaya akan tercapai.Memandangkan UMNO Caw Orkid antara caw yang sangat aktif... saya berharap Sdr.Anuar dpt meneruskan agenda utama perjuangan di dalam UMNO & tidak patah semangat dgn fitnah-fitnah yg telah dilemparkan.
    Fri at 4:13pm

    ===============================================

    Jamal Mohd Zalizan
    Saya juga setuju dgn sdr shah,begitu ramai pemuda2umno dari cwgan2 ada bakat dalam bola sepak,tapi saya tengok yang mewakili pem umno dlm acara bola sepak bukan di kalangan ahli pemuda&pengundi di sini,sedih juga mengapa terpinggir nya pemuda2 kita?mengapa jadi mcm tu?seolah olah mereka tu di hebat2 belaka...apa kurangnya pemain dari cwgan kita.
    Fri at 6:24pm

    ReplyDelete
  2. sume owg tau yatim punye keje,soh je die blik kat blok p8 tu, owg kat sane pun x nk kat die, kite lak kutip die.

    ReplyDelete