Monday, March 29, 2010

Umno Orkid vs Umno Kekwa




Pada 27/3/2010 telah berlangsung satu perlawanan persahabatan bola sepak di antara Umno Cawangan Orkid dan Umno Cawangan Kekwa.Perlawanan itu telah diadakan pada jam 5:30pm di Cyberjaya.En.Shaari Hamid telah bertindak sebagai pengurus pasukan Umno Orkid dibantu oleh En.Jamal Mat Isa sebagai penolong pengurus.Manakala En.Annuar Ismail pula telah ditugaskan mengepalai pasukan bola sepak ini.

Pada perlawanan petang itu,pasukan Umno Orkid telah tewas 2-4 kepada pasukan Umno Kekwa.Menurut En.Shaari selaku pengurus pasukan..."kekalahan ini bukanlah satu titik tolak kepada prestasi pasukan Umno Orkid.Ini kerana,perlawanan persahabatan ini adalah perlawanan pertama kali pasukan ini dan sememangnya kami bersedia mempelajari sesuatu daripada keputusan ini"...Menurut beliau lagi.."pasukan Umno Orkid sebenarnya,dalam proses menyiapkan diri dari segi mental dan fizikal bagi mengharungi liga Umno Putrajaya yang akan bermula pada April ini dan perlawanan pertama untuk pasukan Umno Orkid hanya akan bermula pada awal bulan Mei.." Ketua pasukan Umno Orkid En.Annuar pula memberitahu"kami masih punya masa untuk melakar kemenangan dan membentuk pasukan yang mantap selepas ini".

Pasukan Umno Orkid di jangka akan bertembung dengan sebuah lagi pasukan iaitu pasukan Umno cawangan bunga Kantan pada minggu depan dalam satu lagi perlawanan persahabatan.Jadi,kepada semua peminat bola sepak khasnya ahli Umno Cawangan Orkid...marilah kita beramai-ramai menyokong pasukan kesayangan kita dengan menghadiri perlawanan yang melibatkan pasukan bola sepak Umno Cawangan Orkid.

Maklumat dan info terkini mengenai perlawanan boleh didapati secara terus disini.Kami juga menghargai sebarang komen dan idea bagi memantapkan pasukan bola sepak Umno Cawangan Orkid.Segala idea dan komen tersebut boleh disalurkan secara terus ke alamat e-mail yang tertera di bawah atau dengan cara meninggalkan komen anda di artikel ini.

Klik DI SINI untuk login ke Facebook dan berikan komen anda mengenai gambar-gambar perlawanan tersebut.

Majulah sukan untuk semua.

Blog Umno Cawangan Orkid adalah blog rasmi bagi pasukan bola sepak Umno Orkid.







Blok 6F,Fasa 5&6,
Presint 9,
Putrajaya,MALAYSIA
umno.orkid@gmail.com

2 comments: