Tuesday, March 30, 2010

Jangan politikkan sukan

Desas desus terbaru tercetus ketika pasukan Umno Orkid sedang mempersiapkan diri bagi mengharungi Liga Bola Sepak Umno Putrajaya.Khabar ini dikaitkan dengan isu elaun bulanan yang sepatutnya diterima oleh para pemain pasukan yang bertanding di Liga Umno Putrajaya.Tambah meruncingkan keadaan,ada pihak yang menyatakan bahawa ada pasukan yang sudah mula membayar elaun tersebut.Adakah perkara ini benar atau sengaja diada-adakan bagi menghilangkan fokus para pemain?Bagi merungkai persoalan itu,pihak kami telah mendapatkan maklum balas dari pengurus pasukan Umno Orkid F.C,En.Shaari Hamid.

Menurut En.Shaari..."Sememangnya ada peruntukan yang disediakan oleh pihak pengurusan Umno tetapi,ianya bukanlah semata-mata untuk liga bola sepak ini atau untuk para pemain sahaja.Peruntukan tersebut perlu dibahagikan kepada beberapa sayap cawangan.Jadi,sebenarnya isu ini sengaja diada-adakan bagi mengeruhkan keadaan dan menghilangkan kepercayaan kepada pengurusan pasukan."

Tambah beliau lagi,"pihak pengurusan telah membekalkan jersi,seluar,bola dan "shin pad" dan ia sememangnya telah disediakan kepada para pemain semasa perlawanan persahabatan tempohari."

"jika ada sebarang maklumat terkini,sudah tentu kami akan maklumkan kepada para pemain dan buat masa ini saya berharap para pemain dapat fokus kepada latihan dan beberapa siri perlawanan persahabatan yang sedang diaturkan oleh pengurusan pasukan."
"Kita lupakanlah dahulu isu-isu yang sengaja direka cipta ini dan jika ada apa-apa permasalahan,silalah berhubung dengan saya."Tambah beliau lagi.

Kami di blog Umno Orkid juga berharap agar isu ini tidak menjejaskan tumpuan pemain dan ingatlah bahawa kita sedang bersukan dan janganlah sukan juga cuba dipolitikkan.

Majulah sukan untuk semua....










Blok 6F,Fasa 5&6,
Presint 9,
Putrajaya,MALAYSIA
umno.orkid@gmail.com

No comments:

Post a Comment