Tuesday, January 26, 2010

Perkongsian Maklumat


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada anda yang masih setia bersama kami di blog Umno Cawangan Orkid,Putrajaya.

Saya ingin memohon maaf kerana kebelakangan ini blog ini mengalami sedikit masalah teknikal di samping pihak kami sedang merancang untuk mempelbagaikan bahan yang akan dipaparkan di sini.

Saya juga sangat mengalu-alukan sebarang komen,pendapat atau cadangan dari ahli Umno Cawangan Orkid untuk menambah baik kualiti paparan atau isi kandungan blog ini.Jika ada sebarang berita mutakhir,isu-isu terkini,aktiviti atau mesyuarat,saya sangat cadangkan agar perkara itu boleh di panjangkan di blog ini.Untuk menyampaikan hasrat atau perkongsian isu.Sila reply sahaja di bahagian komen atau anda boleh email kami di umno.orkid@gmail.com

Sementara itu,saya akan memuat naik beberapa gambar dari acara BBQ yang kita adakan pada hari Jumaat lepas 22-1-2009 dan ada juga paparan yang tertangguh iaitu BBQ pada malam tahun baru dan acara mewarna bagi kanak-kanak serta acara pingpong tertutup Umno Cawangan Orkid.

kerjasama anda dalam memberikan maklumat,informasi,cadangan dan komen saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Salam 1 Malaysia







Blok 6F,Fasa 5&6,
Presint 9,
Putrajaya,MALAYSIA
umno.orkid@gmail.com

No comments:

Post a Comment