Saturday, January 9, 2010

Benar-benar Malaysia patut kembali menjadi tanah jajahan Inggeris-Tun Dr.Mahathir


Suruhanjaya Diraja Mampu Bersihkan Nama Dr. Mahathir, Abdullah

PETALING JAYA: Keputusan kerajaan tidak menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat dakwaan kononnya Tun Dr Mahathir Mohamad membazirkan wang kerajaan berjumlah RM100 bilion mengakibatkan bekas Perdana Menteri itu tidak dapat membersihkan namanya.

Dr. Mahathir berkata, penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi juga mengalami nasib sama berikutan keputusan itu dalam isu ke mana kerajaan di bawah pimpinannya membelanjakan RM270 bilion yang diterima daripada Petronas.

"Sekarang saya dan Abdullah tidak dapat membersihkan nama kami. Barry Wain sudah tentu sangat gembira. Dia boleh terus memfitnah sesiapa mengikut kesukaannya dan tiada apa-apa akan berlaku terhadapnya.

"Bagaimanapun saya disaman (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) sebanyak RM100 juta apabila saya mengulangi kepada media tentang keputusan mahkamah. Sekarang telah lebih tiga tahun dan kes itu masih belum selesai," katanya dalam blog popularnya, Che Det di sini hari ini.

Barry yang menetap di Singapura menulis buku mengenai Dr. Mahathir ketika pentadbirannya bertajuk Malaysian Maverick: Mahathir in Turbulent Times.

Barry antara lain mendakwa Dr. Mahathir telah menyebabkan kerajaan kerugian sehingga RM100 bilion sepanjang era pentadbirannya.

Berikutan itu Penasihat DAP, Lim Kit Siang mahu kerajaan menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat dakwaan tersebut.

Dalam pada itu, Dr Mahathir secara sinis mempertikaikan rasional kerajaan menghalang pengedaran buku tersebut.

Beliau yang telah membaca buku itu berpendapat, orang ramai wajar membacanya malah ia sepatutnya diterjemahkan dalam Bahasa Melayu.

"Adalah baik orang ramai mengetahui apa pandangan Barry mengenai Malaysia, orang Melayu, Umno dan semestinya diktator hebat iaitu saya.

"Tiada negara yang lebih teruk, tiada bangsa yang lebih bersifat perkauman, tiada pihak lebih korup berbanding Malaysia, orang Melayu dan Umno. Dan semestinya tiada ketua kerajaan lebih menyalahgunakan kuasanya berbanding Perdana Menteri selama 22 tahun ini.

"Benar-benar Malaysia patut kembali menjadi tanah jajahan British," katanya.

Sumber, mStar Online








Blok 6F,Fasa 5&6,
Presint 9,
Putrajaya,MALAYSIA
umno.orkid@gmail.com

No comments:

Post a Comment