Sunday, June 6, 2010

12 sukarelawan M'sia selamat tiba di tanahair






Kompleks Bunga Raya,KLIA.

12 sukarelawan Malaysia yang di tahan oleh rejim Israel semasa dalam proses penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza telah selamat tiba di tanahair pagi ini.

3 wakil Pemuda Umno Cawangan Orkid,En.Shaffeq(black),En.Faiz dan En.Yuzafi telah menyertai konvoi bersama Pemuda Umno Putrajaya menyambut ketibaan mereka di Kompleks Bunga Raya,KLIA pagi ini.

Konvoi ini telah berkumpul di Putrajaya pada jam 4:00 pagi dan mula bergerak ke KLIA pada jam 5:30 pagi.Kami telah sampai ke sana dan walaupun keadaan agak sesak dengan kehadiran pelbagai media massa dan media elektronik yang membuat siaran langsung,blogger Umno Orkid,En.Yuzafi telah berjaya merakamkan gambar dan video ekslusif di sana.

Marilah kita saksikan bagaimana bersemangatnya warga Malaysia yang cintakan keamanan berkumpul beamai-ramai dengan perasaan yang begitu teruja untuk menyambut "wira-wira negara"yang telah melalui pengalaman getir di tahan oleh rejim Zionis.

















Hubungi kami/Contact us:umno.orkid@gmail.com

No comments:

Post a Comment