Showing posts with label pemuda umno putrajaya. Show all posts
Showing posts with label pemuda umno putrajaya. Show all posts

Friday, November 19, 2010

Aidil Adha 2010



Umno Orkid dan Persatuan Penduduk Blok 6F ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli Umno Caw. Orkid dan penduduk blok 6F kerana telah beramai-ramai turun ke padang Presint 8, Putrajaya bagi menjayakan Program Korban sempena Aidil Adha 2010 anjuran Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansur.

Sememangnya, semangat seperti ini yang kita perlukan dalam hidup bermasyarakat..berat sama dipikul, ringan sama dijinjing...kami dengan rasa bangga melihat bagaimana perpaduan dan semangat bergotong royong telah tersemai dan diadun dengan baik semasa program ini dan tidak dapat dinafikan lagi kita adalah kontinjen yang menghantar paling ramai peserta dan kita juga telah berjaya menyiapkan segala tugas dan misi dengan lebih cepat dari apa yang disangkakan..

Malah, bagi memberikan makna yang lebih mendalam bagi sambutan Aidil Adha 2010, para penduduk blok 6F dan ahli Umno Cawangan Orkid telah sama-sama bergotong royong menyediakan hidangan pada waktu petang dan tambah diberkati lagi apabila turut diadakan majlis tahlil dan takbir raya pada sebelah malam....kami bekerja bersama-sama... dan menikmati hidangan seperti sebuah keluarga yang besar...tanpa melupakan konsep sambutan Aidil Adha dengan memakmurkannya dengan tahlil dan takbir.

Syabas dan Tahniah Umno Cawangan Orkid dan Persatuan Penduduk Blok 6F.

Klik DISINI untuk melihat lebih banyak gambar Majlis Korban Sempena Aidil Adha 2010.
(Login ke akaun Facebook diperlukan)



Hubungi kami/Contact us:umno.orkid@gmail.com

Tuesday, September 21, 2010

Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Ahli Parlimen Putrajaya


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,

Kami ingin memanjangkan jemputan rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri yang akan diadakan oleh Ahli Parlimen Putrajaya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansur. Majlis akan berlangsung pada masa dan tarikh berikut:

Tarikh: 24 September 2010-Jumaat
Masa: 4:00 Petang Hingga 7:00 Malam
Lokasi: No.13, Jalan P10D,
Presint 10, Putrajaya
Jemputan: Semua ahli UMNO dan penduduk Putrajaya dijemput hadir bagi memeriahkan majlis.





Hubungi kami/Contact us:umno.orkid@gmail.com

Sunday, November 29, 2009

MAJLIS KORBAN BESAR-BESARAN (31 LEMBU) & JAMUAN RAKYAT PUTRAJAYA









PUTRAJAYA-Seawal pagi lagi ahli Umno,Pemuda Cawangan Orkid dan penduduk blok 6F telah bersedia di ruang lobi blok 6F untuk bersama-sama memeriahkan "majlis korban besar-besaran di Presint 8,Putrajaya".Malah,sejak semalam lagi terdapat beberapa orang ahli Umno dan Pemuda diketuai oleh En.Shaari Hamid telah datang ke kawasan padang Presint 8 di mana majlis korban tersebut diadakan.



Setibanya rombongan kami tiba di kawasan padang Presint 8,kami terus pergi ke khemah yang telah disediakan dan selepas memastikan segalanya dalam keadaan baik,kami pun bersama menjamah sarapan yang telah disediakan bagi mengumpulkan tenaga sebelum acara korban dilangsungkan.

Setelah bersarapan,kami terus pegi ruang tengah padang bagi mengenal pasti lembu yang telah disediakan untuk majlis korban tersebut.Akhirnya,setelah lembu berjaya ditumbangkan maka tugas menyembelih telah diserahkan kepada petugas(uztaz)untuk melaksanakan penyembelihan.Segalanya berjalan lancar,seterusnya tugas melapah dan memotong daging korban dilakukan di khemah secara gotong royong oleh para wanita dan dibantu oleh ahli Umno serta Pemuda Cawangan Orkid.



Begitu mengagumkan kerana "pasukan" kami menjadi antara pasukan yang terawal menyiapkan tugasan tersebut berkat kerjasama dan komitmen yang tinggi semua ahli.Setelah daging korban siap di bahagikan sama rata,kami pun terus menjamu selera di khemah "Jamuan Rakyat".

Kami Ahli Umno dan Pemuda Cawangan Orkid,serta penduduk blok 6F khasnya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli Parlimen Putrajaya,Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor,Exco Pemuda,Tun Faisal Ismail Aziz kerana sudi singgah dan melawat khemah kami.Terima kasih juga kerana sudi menganjurkan "Majlis Korban Besar-Besaran & Jamuan Rakyat"ini.Sesungguhnya,majlis seperti ini dapat merapatkan tali silaturrahim sesama ahli Umno dan penduduk Putrajaya khasnya.




Bukan itu sahaja,kami juga dimaklumkan bahawa majlis ini turut dihadiri oleh "rakan-rakan Facebook"Umno Cawangan Orkid yang mendapat informasi menerusi internet.Kami berharap semoga majlis ini dapat diadakan lagi pada tahun hadapan.InsyaAllah.











Blok 6F,Fasa 5&6,
Presint 9,
Putrajaya,MALAYSIA
umno.orkid@gmail.com

Thursday, November 19, 2009

Sedikit Cerita Mengenai Tun Dr.Mahathir


Sedang saya tercari-cari material di internet mengenai Tun Dr.Mahathir...Saya terjumpa satu artikel yang menarik perhatian saya dan saya telah mengambil keputusan untuk menyiarkan semula di sini...



"Dulu di tahun-tahun 70an dan awal 80an, ramai pelajar kita bila menjejakkan kaki di luar negara untuk menyambung pelajaran, semua mendonggak ke atas melihat bangunan-bangunan yang tinggi di negara orang. Mereka yang belajar di Singapura, Jepun, UK, US, Korea, Negara-negara Eropah lain pada masa itu sudah tentu sangat kagum melihat bangunan-bangunan pencakar langit di negara orang kerana tidak banyak dan tidak setinggi di negara luar, bangunan-bangunan di negara sendiri.

Tetapi sekarang marilah kita ke KLCC melihat gelagat orang Jepun dan Eropah yang melacung ke sini. Mereka pula yang mendonggak ke langit. Berbagai gaya dan cara mereka mengambil gambar di KLCC. Ada yang sampai terlentang kerana nak masukan Menara Berkembar tersebut apabila hendak merakam gambar rakan atau keluarga mereka. Apabila mereka berjalan disekitar Kuala Lumpur yang mana masih boleh melihat KLCC, lihatlah gelagat mereka. Selepas tiga empat langkah mereka akan mendonggak ke atas memandang KLCC. Lepas tu berjalan biasa dan memandang ke atas lagi. Mereka tak puas-puas memandang kerana terlalu kagum."

Klik Di SINI untuk membaca artikel tersebut.

(Kredit kepada http://www.obeyone.com)







Blok 6F,Fasa 5&6,
Presint 9,
Putrajaya,MALAYSIA
umno.orkid@gmail.com

Keputusan UPSR Keluar Hari Ini.



PETALING JAYA: An analysis of the results for the Primary School Achievement Test (UPSR) will be released today.

Education director-general Tan Sri Alimuddin Mohd Dom said in a statement that pupils could collect their results from their schools from 10am today.

A total of 517,908 Year Six pupils sat for the UPSR examination at 8,289 centres over three days in September.

UPSR: More score As in Maths and Science
By KAREN CHAPMAN

PUTRAJAYA: The number of pupils obtaining As in Mathematics and Science has increased in the UPSR 2009, says Education director-general Tan Sri Alimuddin Mohd Dom.

As for the aptitude test held for first time for Year Six pupils, he said, it was found that the pupils have better thinking skills than solving problems and making decisions.

(Sumber Terkini:The Star Online)








Blok 6F,Fasa 5&6,
Presint 9,
Putrajaya,MALAYSIA
umno.orkid@gmail.com

Tun Mahathir Mungkin Jadi Menteri



Cadangan pelantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai menteri kanan akan memberi ruang kepada bekas perdana menteri itu untuk menyuarakan pandangan terus kepada kabinet.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Lajim Ukin berkata dengan itu Dr Mahathir tidak lagi perlu mengkritik kerajaan sekiranya beliau mempunyai pandangan tentang sesuatu perkara.

"Saya percaya rakyat akan sokong cadangan ini kecuali pembangkang," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.

Terpulang kepada perdana menteri untuk mempertimbangkan cadangan itu, kata Lajim, yang mengulas cadangan Pengerusi Risda Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melantik Dr Mahathir sebagai menteri kanan dalam kabinet.




Semalam pada majlis penyerahan buku di Wisma Risda, Abdul Rahim berkata walaupun bersara, Dr Mahathir masih mempunyai pengaruh besar dan dijemput untuk memberikan pandangan di seminar antarabangsa terutama di negara Dunia Ketiga dan negara Islam.

Kini, Dr Mahathir yang mempunyai pengaruh besar kepada sebilangan rakyat di negara ini, kerap menyuarakan pandangannya melalui blognya di chedet.co.cc/chedetblog/ yang juga antara blog ahli politik tempatan yang popular. BERNAMA






Blok 6F,Fasa 5&6,
Presint 9,
Putrajaya,MALAYSIA
umno.orkid@gmail.com

Wednesday, November 18, 2009

Jet Pejuang F-15 Eagle Langgar Atap Rumah Disiasat



Kementerian Pertahanan dan Tentera Udara Amerika Syarikat (USAF) sedang menyiasat punca sebenar kejadian jet pejuang negara itu yang terbang rendah dan menyebabkan sebuah rumah berhampiran pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Butterworth, Pulau Pinang rosak pada 11 Nov lepas.



Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kedua-dua pihak akan mengkaji dengan rapi bagi mengetahui sama ada kejadian itu berpunca daripada masalah teknikal ataupun kesilapan manusia.

"Selalunya kemalangan yang membabitkan pesawat berpunca kepada kesilapan manusia, namun kita tidak menolak kadang kala berpunca dari segi teknikal pesawat itu sendiri namun kita akan siasat terlebih dahulu," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis menandatangani memorandum persefahaman antara Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan dua syarikat iaitu Mutiara Rini Sdn Bhd bersama Leejin Sdn Bhd berkaitan projek perumahan di Damansara hari ini.

Pada kejadian pukul 3 petang 11 Nov lepas, sebuah rumah di Kampung Setol, Butterworth mengalami kerosakan atap dan dinding selepas jet pejuang jenis F-15 Eagle milik USAF melakukan penerbangan rendah selepas berlepas dari pangkalan itu untuk menjalani latihan.

Difahamkan, kedudukan rumah itu agak hampir dengan hujung landasan dan kemungkinan kerosakan tersebut berpunca daripada tekanan angin dan kuasa supersonik yang dihasilkan oleh pesawat itu semasa melakukan penerbangan taktikal. BERNAMA







Blok 6F,Fasa 5&6,
Presint 9,
Putrajaya,MALAYSIA
umno.orkid@gmail.com

Nik Aziz Gesa Kaji Royalti Minyak



Kerajaan Kelantan merayu kerajaan pusat menyemak semula undang-undang berkaitan royalti minyak dengan mengambil kira aspek keadilan asasi yang memberi faedah kepada semua pihak.

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata kerajaan negeri sepatutnya berhak menjadi tuan punya kepada hasil bumi seperti petrol, balak dan logam yang terdapat dalam sesebuah negeri itu.



Mursyidul Am PAS berkata sebarang perselisihan atau pertikaian yang timbul dalam perkara mengenai tuntutan royalti minyak mesti mengambil kira kaedah keadilan asasi.

"Sebarang penyelesaian yang mengetepikan kaedah ini, keadilan asasi tetap akan menimbulkan perasaan dendam, menindas dan zalim yang dikutuk oleh manusia.

"Oleh itu undang-undang petrol (dan royalti minyak) yang ada sekarang hendaklah digubal (disemak) semula dengan mengambil kira keadilan asasi dan tidak hanya mementingkan masalah sebelah pihak semata-mata," katanya dalam sidang media khas mengenai royalti minyak di pejabatnya di Kota Bharu hari ini.

Kerajaan Negeri Kelantan sebelum ini telah mengemukakan surat rasmi kepada pusat bagi menuntut bayaran royalti minyak berjumlah RM1 bilion sejak 2004 berdasarkan laporan Jabatan Statistik.

Pada 4 Nov lalu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan Kelantan akan menerima wang ehsan daripada kerajaan bagi hasil pengeluaran minyak di luar pesisir negeri itu melalui Petronas mulai tahun depan.

Bagaimanapun Kelantan tidak berpuas hati dengan pemberian wang ehsan berkenaan telah melantik panel guaman untuk membuat tuntutan royalti minyak itu ke mahkamah berdasarkan perjanjian kerajaan negeri dan pusat pada 1974. BERNAMA







Blok 6F,Fasa 5&6,
Presint 9,
Putrajaya,MALAYSIA
umno.orkid@gmail.com

Pengiklanan PERCUMA Di Umno Orkid














Blok 6F,Fasa 5&6,
Presint 9,
Putrajaya,MALAYSIA
umno.orkid@gmail.com

Saran Tun Mahathir Dilantik Menteri Kanan



Pengerusi Risda, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik hari ini mencadangkan agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempertimbangkan jawatan menteri kanan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.



Beliau berkata pengalaman luas Dr Mahathir sebagai perdana Menteri selama 22 tahun yang telah melaksanakan pelbagai projek pembangunan sehingga menjadikan ekonomi negara ini kukuh perlu dimanfaatkan oleh kerajaan bagi membantu Malaysia agar terus maju di samping untuk memajukan negara-negara Islam lain.

"Tanpa jawatan ini pun Tun Mahathir sentiasa dijemput oleh negara-negara tertentu seperti Jepun, Mesir dan sebagainya untuk memberi pandangan dan berkongsi pengalamannya dari semasa ke semasa.

"Jadi ada eloknya sedikit status ditimbangkan untuk Tun (Mahathir) bagi membolehkan beliau melawat negara-negara tersebut dan memberikan idea-ideanya tentang bagaimana untuk mempercekapkan sistem pembangunan sesebuah negara itu," katanya kepada pemberita selepas majlis pengagihan buku Amanat Perdana Menteri kepada 113 pegawai kanan Risda, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan NGO di Kuala Lumpur semalam.

Beliau berkata sumbangan idea Dr Mahathir ini juga sebenarnya amat diharapkan oleh negara Dunia Ketiga dan negara Islam dan ia juga dapat meningkatkan nama Malaysia di arena antarabangsa.

Dalam pada itu Abdul Rahim berkata pengagihan buku Amanat Perdana Menteri yang menjilidkan ucapan-ucapan dasar perdana menteri-perdana menteri Malaysia merupakan inisiatif Risda bagi memupuk semangat patriotisme di kalangan pegawai sekaligus dapat menangkis sikap perkauman yang semakin menular dewasa ini.

"Semangat patriotik sangat penting kerana keadaan masyarakat majmuk sekarang ini, kita perlu satu penghayatan patriotisme nasional dan ia benteng kepada usaha kita untuk menolak sikap perkauman yang sempit.

"Oleh itu kita kemukakan usaha ini untuk tingkatkan semangat itu kepada pemimpin-pemimpin supaya tidak menerima perjuangan perkauman yang sempit itu," katanya.

Sementara itu ketika menjawab pertanyaan pemberita sama ada Risda akan memberi bantuan kepada pekebun kecil getah yang terjejas ekoran musim tengkujuh ini, beliau berkata Risda melalui pegawainya di setiap negeri akan menimbang untuk memberi bantuan terutama di kawasan yang dilanda banjir seperti di Perlis, Kedah, Perak dan Kelantan melalui peruntukan khas bencana alam Risda. BERNAMA








Blok 6F,Fasa 5&6,
Presint 9,
Putrajaya,MALAYSIA
umno.orkid@gmail.com

Laman Web kerajaan Mengecewakan...



Hanya tujuh laman web atau 0.65 peratus daripada 1,192 portal dan laman web kendalian kementerian serta agensi kerajaan
yang disenaraikan Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDEC) memperoleh penilaian lima bintang, kata ketua setiausaha negara.



Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata maklumat daripada laporan 'Penilaian Laman Web dan Portal Kerajaan Malaysia 2009' itu ternyata amat mengecewakan kerana ia jelas menggambarkan angka laman web yang mendapat kualiti tinggi adalah sangat kecil berbanding dengan jumlah keseluruhan.

"Semua ketua jabatan perlu melakukan sesuatu bagi memulihkan imej mereka dan mendapatkan semula keyakinan rakyat.

"Saya harap hasil laporan MDEC ini diambil serius oleh mereka yang berkenaan dan saya tidak mahu mengeluarkan apa-apa arahan memandangkan mereka ini bukannya golongan tidak cerdik, jadi sepatutnya mereka faham sendiri tentang tanggungjawab mereka," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan seminar 'Perubahan 1Pengurusan Perkhidmatan Kerajaan Dalam Talian: Amalan Utama Untuk Berubah" di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata laman web yang mendapat pengiktirafan lima bintang itu ialah laman web kendalian Kementerian Kewangan, Pejabat Perdana Menteri, Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu), Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Pejabat Kerajaan Negeri Selangor dan portal myGovernment.

"Hasil laporan itu juga sebenarnya satu cabaran kepada mereka jika tujuh laman web ini boleh mendapat penilaian lima bintang, jadi kenapa selebihnya tidak boleh mendapatkan pengiktirafan sama," katanya.

Mohd Sidek berharap agar kementerian dan agensi yang belum mencapai tahap membanggakan diminta untuk mencari jalan bagi menambah baik kandungan laman web kendalian mereka.

Beliau berkata antara kriteria diambilkira oleh MDEC untuk mendapat pengiktirafan itu ialah keupayaan laman web itu diakses oleh pengguna, menyediakan capaian dalam dwibahasa untuk memudahkan pengguna berurusan dan selalu dikemaskini.

"Usaha penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan yang berfokuskan pelanggan bukan saja perlu bermatlamatkan yang terbaik saja, tapi perlu manfaatkan teknologi serta dilaksanakan secara inovatif.

"Transformasi dalam perkhidmatan awam perlu dilaksanakan seberapa segera dan teratur memandangkan sektor awam adalah sektor kritikal dalam usaha menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan boleh mencapai sasaran ditetapkan,” katanya. BERNAMA

Dikuasakan Oleh:


Blok 6F,Fasa 5&6,
Presint 9,
Putrajaya,MALAYSIA
email:umno.orkid@gmail.com