Showing posts with label pemuda umno. Show all posts
Showing posts with label pemuda umno. Show all posts

Friday, November 19, 2010

Aidil Adha 2010



Umno Orkid dan Persatuan Penduduk Blok 6F ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli Umno Caw. Orkid dan penduduk blok 6F kerana telah beramai-ramai turun ke padang Presint 8, Putrajaya bagi menjayakan Program Korban sempena Aidil Adha 2010 anjuran Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansur.

Sememangnya, semangat seperti ini yang kita perlukan dalam hidup bermasyarakat..berat sama dipikul, ringan sama dijinjing...kami dengan rasa bangga melihat bagaimana perpaduan dan semangat bergotong royong telah tersemai dan diadun dengan baik semasa program ini dan tidak dapat dinafikan lagi kita adalah kontinjen yang menghantar paling ramai peserta dan kita juga telah berjaya menyiapkan segala tugas dan misi dengan lebih cepat dari apa yang disangkakan..

Malah, bagi memberikan makna yang lebih mendalam bagi sambutan Aidil Adha 2010, para penduduk blok 6F dan ahli Umno Cawangan Orkid telah sama-sama bergotong royong menyediakan hidangan pada waktu petang dan tambah diberkati lagi apabila turut diadakan majlis tahlil dan takbir raya pada sebelah malam....kami bekerja bersama-sama... dan menikmati hidangan seperti sebuah keluarga yang besar...tanpa melupakan konsep sambutan Aidil Adha dengan memakmurkannya dengan tahlil dan takbir.

Syabas dan Tahniah Umno Cawangan Orkid dan Persatuan Penduduk Blok 6F.

Klik DISINI untuk melihat lebih banyak gambar Majlis Korban Sempena Aidil Adha 2010.
(Login ke akaun Facebook diperlukan)



Hubungi kami/Contact us:umno.orkid@gmail.com

Friday, September 3, 2010

Gotong royong mengacau dodol dan majlis berbuka puasa



Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia,

Sempena menjelangnya Hari Raya Aidilfitri tidak berapa lama lagi, penduduk Blok 6F dengan kerjasama Persatuan Penduduk dan disertai oleh Pemuda Umno Bahagian Putrajaya telah bercadang untuk mengadakan acara "mengacau dodol". Kami mengambil kesempatan ini untuk mengajak semua penduduk untuk menyertai majlis ini. Di samping mengacau dodol, kami juga akan mengadakan majlis berbuka puasa di blok kita bersama pemimpin Pemuda Umno Bahagian Putrajaya Datuk Ahmad Zaki Zahid.

Aturcara majlis adalah seperti berikut:

Tarikh: 4 Sept.2010 (Sabtu)
Masa: Bermula dari jam 3:00 petang hingga acara mengacau dodol selesai
Berbuka puasa: Semua penduduk dijemput hadir. Hidangan berbuka puasa disediakan
Yuran kutipan dodol: RM20.00


Kami sangat berharap agar para penduduk Blok 6F dapat meluangkan masa dan meramaikan majlis gotong royong dan berbuka puasa tersebut.

Sila email kami jika anda memerlukan sebarang maklumat lanjut.

Terima kasih;






Hubungi kami/Contact us:umno.orkid@gmail.com

Wednesday, January 6, 2010

Pemuda Umno saran pertemuan selesai isu 'Allah'


Pemuda Umno menyarankan agar satu pertemuan diadakan antara wakil Majlis Fatwa Kebangsaan dan pihak Gereja Katolik yang menerbitkan majalah The Herald - ekoran kontroversi berhubung isu penggunaan kalimah 'Allah'.

Ketua pergerakan itu, Khairy Jamaluddin menulis dalam blognya bahawa dialog hasil pertemuan itu bakal menjadi titik pertemuan bagi kedua-dua pihak di samping menjadi medium menyampaikan kekhuatiran umat Islam di Malaysia kepada pihak penerbit, lantas mencari jalan penyelesaian kepada kemelut itu.

"Di samping menghormati proses undang-undang yang sedang berjalan, Pemuda Umno juga percaya bahawa isu sensitif ini perlu
kepada satu penyelesaian yang lebih menyeluruh supaya prinsip saling menghormati dapat dipelihara berdasarkan dialog antara pihak yang terlibat.

"Pemuda Umno percaya ini adalah sejajar dengan gagasan 1Malaysia yang memerlukan pemahaman merentas batasan kaum dan agama.

"Harapan Pemuda Umno adalah dialog yang dicadangkan ini akan dapat memastikan pandangan kedua-dua belah pihak dapat disampaikan tanpa perlu memanjangkan perdebatan isu ini di dalam akhbar, sekaligus mengurangkan ketegangan hubungan antara kaum dan agama.

"Keharmonian di kalangan masyarakat majmuk di Malaysia kekal sebagai satu perkara yang teramat penting untuk kehidupan seluruh rakyat di negara ini," tulis Khairy lagi.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan perkataan "Allah" digunakan dalam majalah mingguan terbitan gereja Katholik, Herald.

The Herald yang diterbitkan dalam empat bahasa, telah penggunaan kalimah "Allah" dalam seksyen Bahasa Malaysia, sebagai terjemahan kepada perkataan God.

Perkataan "Allah" digunakan secara meluas di kalangan suku kaum beragama Kristian di Sabah dan Sarawak, yang sebahagian besarnya bertutur dalam Bahasa Malaysia.

Sebelum ini, KDN melarang penggunaan perkataan 'Allah' oleh bukan Islam bagi mengelak wujud salahfaham dan kekeliruan di kalangan orang Islam.









Blok 6F,Fasa 5&6,
Presint 9,
Putrajaya,MALAYSIA
umno.orkid@gmail.com

Wednesday, December 9, 2009

Pemuda Umno bantu Norzuliyani pulang





Dengan bantuan Pemuda Umno, seorang wanita rakyat Malaysia dapat kembali ke tanahair untuk dipertemukan dengan keluarganya selepas 11 tahun terpisah kerana lari mengikut bakal suaminya, seorang Indonesia hingga ke Lombok di republik itu.

Biro aduan komuniti Pemuda Umno telah membantu mendapatkan dokumen perjalanan yang sah untuk Norzuliyani Alias, 29, dari pihak berkuasa Indonesia dan kedutaan Malaysia di republik itu, untuk membolehkannya pulang bersama tiga orang anaknya.

"Kita ucapkan terima kasih kepada kerajaan Indonesia kerana dapat memberikan permit keluar dalam masa yang singkat," kata Pengerusi biro tersebut, Datuk Muhammad Khairun Aseh dalam satu sidang akhbar hari ini

Manakala kedutaan Malaysia di republik pula telah mengeluarkan pasport sehala untuk membolehkan Nozuliani masuk semula ke Malaysia.

Beliau berkata, pihaknya membantu Norzuliyana mendapatkan semua dokumen perjalanan tersebut kerana wanita itu memasuki Indonesia secara haram.

Dalam pertemuan di pejabat biro tersebut di ibunegara, Norzuliyani dilihat menitiskan air matanya apabila dapat berjumpa semula ibu bapanya Norhayati Abas, 48, dan Alias Bidi, 54.

Menceritakan detik lari mengikut bakal suaminya itu, Mahrudin Ahmad, 35, wanita berkata, perjalanan mereka mengambil masa sebulan dari rumahnya di Hulu Besut, Terengganu hingga ke Lombok yang terletak di daerah Nusa Tenggara, Indonesia.

Katanya, beliau memasuki Indonesia melalui satu pelabuhan di Johor dan mereka menyeberang Selat Melaka. Mereka kemudian berkahwin di rumah keluarga Mahrudin di Lombok. Ketika itu Norzuliyani berusia 17 tahun.

"Saya dengan suami saya tidak ada masalah. Cuma saya tidak dibenarkan bekerja, cuma duduk di rumah sahaja," katanya dalam sidang media selepas bertemu dengan keluarganya itu.

"(Mahrudin) beritahu saya dia akan datang ke sini," katanya lagi dan menjelaskan bahawa kepulangannya itu diizinkan oleh suaminya.

Ditanya sama ada dia akan pulang semula ke kampung suaminya, Norzuliyani dengan sebak menjawab: "Siapa tak rindukan suami..."

Sementara itu bapanya, Alias pula berkata, beliau tidak menyimpan sebarang perasaan marah terhadap anak perempuannya itu, mahupun Mahrudin yang kini bekerja sebagai pemandu motosikal sewa yang dikenali sebagai 'ojek' di republik itu.

"Saya suruh (Mahrudin) balik sama. Tapi terpulanglah sama ada dia hendak balik ke sini atau tidak," kata Alias lagi berkata beliau telah membelanjakan "berpuluhan ribu" ringgit untuk mencari anaknya itu.

Katanya lagi, beliau pertama kali menerima khabar dari Norzuliyani yang mengirimkan surat kepada keluarganya, selepas tiga tahun meninggalkan rumah.

Menurutnya lagi, Norzuliani mengenali Mahrudin ketika beliau mengusahakan kedai makan di sebuah tanah rancangan Felcra di Keruak, Hulu Besut.

Mahrudin ketika itu bekerja di sebuah ladang di tanah rancangan tersebut dan mula berkenalan dengan anaknya di kedai makannya itu, kata Alias.






Blok 6F,Fasa 5&6,
Presint 9,
Putrajaya,MALAYSIA
umno.orkid@gmail.com

Thursday, November 19, 2009

Tun Mahathir Mungkin Jadi Menteri



Cadangan pelantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai menteri kanan akan memberi ruang kepada bekas perdana menteri itu untuk menyuarakan pandangan terus kepada kabinet.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Lajim Ukin berkata dengan itu Dr Mahathir tidak lagi perlu mengkritik kerajaan sekiranya beliau mempunyai pandangan tentang sesuatu perkara.

"Saya percaya rakyat akan sokong cadangan ini kecuali pembangkang," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.

Terpulang kepada perdana menteri untuk mempertimbangkan cadangan itu, kata Lajim, yang mengulas cadangan Pengerusi Risda Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melantik Dr Mahathir sebagai menteri kanan dalam kabinet.




Semalam pada majlis penyerahan buku di Wisma Risda, Abdul Rahim berkata walaupun bersara, Dr Mahathir masih mempunyai pengaruh besar dan dijemput untuk memberikan pandangan di seminar antarabangsa terutama di negara Dunia Ketiga dan negara Islam.

Kini, Dr Mahathir yang mempunyai pengaruh besar kepada sebilangan rakyat di negara ini, kerap menyuarakan pandangannya melalui blognya di chedet.co.cc/chedetblog/ yang juga antara blog ahli politik tempatan yang popular. BERNAMA






Blok 6F,Fasa 5&6,
Presint 9,
Putrajaya,MALAYSIA
umno.orkid@gmail.com

Wednesday, November 18, 2009

Amaran Hujan Lebat Di Utara Semenanjung



Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran hujan lebat peringkat jingga di mana hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat di Perak, Kedah dan Perlis dijangka berterusan sehingga Khamis ini, sekaligus boleh menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah berdekatan tebing-tebing sungai.



Jabatan itu dalam kenyataannya hari ini berkata hujan lebat peringkat jingga iaitu hujan monsun sederhana sedang berlaku untuk beberapa jam akan datang.

Keadaan itu dijangka berlaku di Hulu Perak, Kuala Kangsar, Larut, Matang dan Kerian di Perak Utara, Kedah dan Perlis.

Sementara itu, jabatan itu turut mengeluarkan nasihat hujan peringkat kuning di mana hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat dari semasa ke semasa di Kelantan dan Terengganu dijangka berterusan sehingga Selasa depan (24 Nov), sekaligus boleh juga menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah berdekatan tebing-tebing sungai.

Menurut jabatan itu, hujan lebat peringkat kuning iaitu kemungkinan berlaku hujan monsun dalam tempoh 24 sehingga 48 jam.

Jabatan itu turut mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori kedua dijangka berlaku di Condore dengan arah dan kelajuan angin timur laut 50 sehingga 60 kmsj dengan ombak setinggi 4.5 meter sehingga Ahad ini.

Angin kencang dan laut bergelora kategori kedua iaitu berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

Selain itu, amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama juga dijangka berlaku di Samui (Kelantan dan Terengganu) Reef North, Layang-layang, Palawan dan Kudat di Sabah Utara, dengan arah dan kelajuan angin 40 sehingga 50 kmsj serta ketinggian ombak 3.5 meter sehingga Ahad ini.

Angin kencang dan laut bergelora peringkat pertama itu berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

Menurut jabatan itu, kawasan pantai di Pantai Timur Semenanjung Malaysia iaitu di Kelantan, Terengganu dan Pahang terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut dijangka bermula hari ini sehingga Jumaat ini. BERNAMA








Blok 6F,Fasa 5&6,
Presint 9,
Putrajaya,MALAYSIA
umno.orkid@gmail.com

Monday, November 16, 2009

Nik Aziz sanggup terima tajaan haji




Ketika isu kontroversi haji ditaja hangat diperkatakan, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengumumkan
kesanggupannya untuk menerima tajaan mana-mana pihak bagi membolehkan beliau menunaikan ibadat haji pada tahun hadapan.

Beliau, yang juga mursyidul am PAS, berkata sama ada ditaja ataupun tidak beliau mahu menunaikan ibadat haji pada musim akan datang, setelah pada tahun ini beliau membatalkan hasratnya untuk menunaikan haji.

"Tahun depan ada orang tak nak taja ambo (saya) gi Mekah. Siapa nak taja ambo ambik.

"Tak taja pun ambo gi," katanya semasa berucap pada majlis solat hajat dan sambutan 19 tahun pemerintahan PAS Kelantan di Pusat Tarbiyah Islam Kelantan (PUTIK) di Kota Bharu malam tadi.

Selasa lalu, media melaporkan pengakuan Nik Abdul Aziz bahawa beliau ditaja pihak tertentu untuk menunaikan haji dengan kos RM65,000 dan mendapat layanan bertaraf "VVIP".

Ekoran kenyataan itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka kertas siasatan berhubung perkara itu.
Disebabkan timbul pelbagai polemik, Nik Abdul Aziz membatalkan hasratnya berlepas ke Mekah pada 18 Nov ini.

Semalam, Pemuda Umno Kelantan menyerahkan memorandum kepada SPRM mendesak siasatan dijalankan dan meminta Nik Abdul Aziz meletak jawatan sebagai menteri besar.

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS II Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata menteri besar Kelantan membatalkan hasratnya untuk menunaikan haji berikutan isu tajaan hajinya dipolitikkan.

"Untuk elak keadaan akan datang menjadi lebih serius lebih baik dia tidak pergi kerana dalam politik ni macam-macam boleh jadi. Ia menyebabkan persepsi yang kurang elok sedangkan di dalam Islam menaja haji itu tidak salah," katanya.

Mohd Amar berkata ia menjadi salah atau rasuah apabila individu itu memberikan sesuatu atau wang dengan menyatakan dia ingin sesuatu sebagai balasan daripada apa yang diberikan. BERNAMA

Dikuasakan Oleh:



Blok 6F,Fasa 5&6,
Presint 9,
Putrajaya,MALAYSIA

email:umno.orkid@gmail.com

Sunday, November 15, 2009

Dr M: Generasi muda dihalang sertai Umno



Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata adalah tidak benar bahawa generasi muda sekarang tidak menyokong Umno, tetapi mereka sebenarnya menghadapi halangan untuk menyertai parti.

Beliau berkata ini berikutan ada sesetengah pimpinan peringkat cawangan parti enggan menerima kemasukan generasi muda yang kebanyakannya terdiri daripada mereka yang berkelulusan tinggi kerana bimbang kedudukan mereka tergugat.

"Sekarang ini ramai orang Melayu memiliki ijazah dan inilah cabaran kepada ketua-ketua cawangan, mereka takut disingkir dan diganti dengan mereka yang punyai pelajaran lebih tinggi.

"Apabila sudah dapat tempat sebagai ketua cawangan, mereka enggan lepaskan. Sebab itu, kalau ada yang ada kelebihan sedikit dari segi kelulusan atau berijazah, tidak dibenar masuk dalam cawangan," katanya di majlis wacana ilmu anjuran pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri Umno Sabah di Kota Kinabalu hari ini.

Dr Mahathir berkata jika dilihat dalam parti pembangkang PAS, dulu mereka hanya diwakili oleh golongan ulama saja tapi hari ini ada jurutera, doktor dan orang yang berkelulusan tinggi.

Katanya sehubungan itu pengganti pimpinan cawangan Umno juga akan menjadi semakin kurang berkebolehan kerana mereka enggan menerima muka baru yang lebih berkebolehan.

Ketika menjawab soalan dalam sesi dialog, mantan perdana menteri berkata ada generasi muda yang datang berjumpa dengan beliau dan menyuarakan minat menyertai Umno tapi tidak boleh sebab ada sekatan seperti yang dikatakannya itu.

"Jika mereka kita dampingi, kita dapat terangkan perjuangan Umno. Saya pasti mereka tidak akan jadi pengkritik tidak berasas terhadap Umno.

"Bila mereka (golongan muda) tengok keputusan pilihan raya (umum) 2008, Umno nampak kurang relevan, jadi macam mana nak menyokong. Tapi kalau kita betulkan kesalahan ini, percayalah mereka akan sokong kita semula," tegas beliau.

Dr Mahathir berkata dilema sekarang adalah penyertaan dalam parti Umno dilihat bukan lagi sebagai perjuangan untuk bangsa dan negara seperti pemimpin terdahulu yang memperjuangkan kemerdekaan negara, tetapi kini lebih kepada untuk menjamin kedudukan mereka dan mendapat kuasa.

Katanya ini juga menyebabkan bermulanya politik wang setiap kali pilihan raya dan pemilihan Umno.

Dr Mahathir berkata jikalau ada ahli atau pemimpin yang tidak menjalankan tugas dengan baik, maka menjadi tanggungjawabnya untuk menegur mereka.

"Jangan sokong orang yang berjuang hanya untuk mengisi periuk nasi mereka.

"Kita perlu jaga parti keramat ini, Umno telah bertahan lebih lama daripada lain-lain parti yang berjuang untuk kemerdekaan (negara masing-masing), kalau sayang Umno pastikan ia tidak dibawa ke arah lain dan tidak diguna oleh para pemimpin untuk kepentingan sendiri," tegas beliau.

Beliau memberi contoh parti-parti politik yang berjuang untuk memerdekakan negara mereka seperti di India, Indonesia, Pakistan dan Afrika yang banyak daripadanya tidak wujud lagi atau sudah lemah sekarang, kerana rakyat negara mereka sudah tidak lagi menyokong mereka.

"Mereka lupa janji mereka kepada rakyat, iaitu pemerintahan yang dipimpin mereka akan lebih adil dan lebih bertimbang rasa daripada pemerintahan penjajah. Pada mulanya rakyat masih menyokong, tapi lama-kelamaan rakyat akan sedar mereka tidak lagi memperdulikan nasib rakyat tapi utamakan kedudukan dan kekayaan.

"Maka rakyat akan mula kecewa dan semakin lama semakin kurang sokongan mereka kepada parti yang memperjuangkan kemerdekaan. Akhirnya parti seperti ini akan jadi lumpuh, lemah dan seterusnya hilang," katanya. - Bernama

Dikuasakan Oleh:


Blok 6F,Fasa 5&6,
Presint 9,
Putrajaya,MALAYSIA

email:umno.orkid@gmail.com

Thursday, November 5, 2009

Seorang Lagi Penduduk Blok 6F Ke Tanah Suci






Alhamdulillah...seorang lagi penduduk Blok 6F akan ke Tanah Suci Mekah pada tahun ini.Beliau yang dimaksudkan ialah En.Nazri Bin Mohamad.

Sehubungan dengan itu,satu majlis tahlil dan doa selamat telah diadakan pada malam tadi bagi memohon kepada Allah supaya diberikan kesejahteraan kepada beliau semasa menunaikan fardu haji dan semoga selamat pergi dan kembali semula ke tanahair.

Di kesempatan ini,kami di pihak Media Baru Umno Cawangan Orkid,Pemuda dan keseluruhan penduduk Blok 6F ingin mengucapkan selamat jalan dan semoga akan memperolehi haji yang mabrur.InsyaAllah.

Tuesday, November 3, 2009

Pendidikan Internet PERCUMA.



Assalamualaikum & salam sejahtera kepada semua pengikut setia laman blog ini.

Sebagai menyambut usaha kerajaan yang mahukan masyarakat "1 Malaysia"supaya sentiasa peka dengan perkembangan teknologi maklumat dan celik IT.Blog UMNO Cawangan Orkid Putrajaya telah bersedia melancarkan kempen celik IT yang akan diadakan secara percuma.Kempen ini juga sebagai langkah sosial kami dalam memberikan khidmat masyarakat kepada semua pembaca blog ini khasnya ahli Umno.

Kami berharap,dengan adanya kempen seperti ini dapatlah kiranya segala ilmu dan pengetahuan yang diberikan disini diguna pakai dan dihebahkan kepada ahli keluarga dan masyarakat sekeliling.
Kebelakangan ini,lebih ramai anggota masyarakat yang menyalahgunakan kemudahan IT dan internet untuk tujuan yang kurang berfeadah.Jadi,kami berharap segalanya akan berubah bila mana kita melihat internet sebagai suatu punca ilmu dan tidak keterlaluan jika kami katakan bahawa telah ada rakyat Malaysia yang mengoptimasikan kecanggihan internet dan menjadikannya sebagai punca pendapatan.

Jadi,apa yang anda perlu lakukan untuk mendapatkan sumber pengetahuan PERCUMA ini?Caranya sangat mudah.Anda hanya perlu sentiasa layari laman blog ini dan kami akan berusaha mengemaskini bahan-bahan ilmiah sekerap mungkin sejajar dengan perkembangan dunia internet yang pantas bergerak.

Lebih mudah lagi jika anda terus daftarkan diri bersama kami dan segala informasi terkini akan kami e-mail terus kepada anda.Sila isikan "nama anda" atau "nama panggilan anda" serta e-mail anda yang sah di kekotak di bawah dan kemudian klik butang "Daftar Di Sini".Selepas itu anda akan menerima email dari kami untuk meminta pengesahan dan kemudian hanya klik pautan di email tersebut sebagai mengesahkan penyertaan anda.




Dapatkan Artikel & Pendidikan Internet PERCUMA.Sila Isikan Nama & Email Anda.Untuk Ahli UMNO Sahaja.




    Jika anda ada masalah atau pertanyaan mengenai cara untuk mendaftar.Sila "reply" artikel ini atau email kami di umno.orkid@gmail.com

    Saturday, October 31, 2009

    Majlis Tahlil & Doa Selamat Di Rumah Datuk Ahmad Zaki



    Kenduri tahlil & doa selamat telah diadakan di rumah Datuk Ahmad Zaki sempena mendoakan kesejahteraan beliau dan ahli keluarga yang akan ke Tanah Suci Mekah pada musim haji kali ini.

    Majlis tersebut telah diadakan selepas solat Maghrib & walaupun hujan turun pada malam itu,Namun Pemuda Umno Cawangan Orkid tetap menghantar wakil bagi menghadiri majlis tersebut.

    Di kesempatan ini,kami Pemuda Umno Cawangan Orkid ingin mengucapkan selamat jalan dan selamat pulang ke tanahair serta memperolehi haji yang mabrur.InsyaAllah.

    Thursday, October 29, 2009

    Enjin Carian UMNO Orkid Dikuasakan Oleh Google



    Gunakan enjin carian "Umno Orkid" yang mempunyai "keyword optimizing" yang memfokus kepada carian laman web yang bersangkut paut dengan aktiviti UMNO dan politik semasa.Fungsi ini boleh didapati di sebelah kanan bahagian atas blog ini.Hanya perlu taipkan "keyword" sebagai contoh "Umno" selepas itu klik "search" dan anda akan dibawa terus ke senarai laman web yang berkaitan.

    Fungsi enjin carian ini dikuasakan oleh Google.

    Tuesday, October 13, 2009

    Gotong Royong Sempena Sambutan Hari Raya Blok6F 2009



    Aras Bawah Blok 6F-Ahli Umno & penduduk Blok 6F telah bersama-sama bergotong royong bagi menjayakan sambutan Hari Raya yang akan diadakan esok iaitu pada 14-10-2009.Antara kerja-kerja yang dilakukan ialah memasang "kanopi" dan menyediakan persiapan untuk memasak hidangan untuk keesokkan harinya.

    Para wanita juga tidak ketinggalan dalam gerak kerja ini di mana mereka juga memainkan peranan di dalam menyediakan minuman dan juadah kepada kaum lelaki yang sibuk dengan kerja-kerja menaikkan kanopi.

    Boleh dikatakan,kebanyakkan dari mereka baru sahaja pulang dari pejabat dan dengan pakaian kerja terus sahaja meluangkan masa bersama-sama menjayakan gotong-royong ini.Sesungguhnya,penglibatan mereka membuktikan bahawa semangat muhibbah sentiasa berada di dalam jiwa dan sanubari penduduk Blok6F.

    "Blog Master"mewakili ketua Umno Caw.Orkid En.Shaari,ketua Pemuda Umno Caw.Orkid En.Annuar dan AJK Blok6F ingin menjemput semua pembaca dan pengikut setia laman blog ini hadir bersama ke Majlis Sambutan Hari Raya yang akan diadakan pada 14-10-2009,jam 8:30pm-10:00pm bertempat di aras bawah Blok6F.

    Rumah terbuka Pemuda UMNO Putrajaya bersama 4 Exco Pemuda UMNO Malaysia



    Pada 12 Oktober 2009,Pemuda Umno Putrajaya & 4 ahli Exco Pemuda Umno Malaysia telah mengadakan sebuah majlis rumah terbuka yang telah diadakan di Kompleks Kejiranan Presint 11.

    Pemuda & ahli Umno Cawangan Orkid juga telah turut hadir bagi memeriahkan majlis tersebut.Kelihatan juga Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor selaku Ketua Umno Bahagian Puterajaya telah bersama-sama menghadirkan diri ke majlis tersebut.


    Sesungguhnya,majlis rumah terbuka seperti itu dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di antara ahli Umno dan juga para pemimpin.

    Sunday, October 11, 2009

    Pilihanraya Kecil N.31 Bagan Pinang






    PORT DICKSON-Umno Cawangan Orkid,Putrajaya telah menghantar wakilnya untuk mengikuti perkembangan mutakhir Pilihanraya Kecil N.31 Bagan Pinang.En.Anuar Bin Ismail sebagai ketua Pemuda Umno Cawangan Orkid telah bertindak sebagai ketua rombongan yang turut disertai oleh ahli pemuda Umno yang terdiri daripada Razak,Izat dan Yuzafi.


    Rombongan tersebut telah bertolak seawal jam 6.15 pagi dari Putrajaya dan mereka telah membantu jentera Barisan Nasional yang bekerja keras di sana untuk memastikan segala perjalanan kempen dapat dilaksanakan dengan berkesan walaupun terdapat beberapa insiden yang tidak diingini berlaku.(sila lihat gambar di atas)

    Sungguh pun begitu,berkat kerja keras & muafakat semua jentera parti beserta keyakinan para pengundi.Maka,dalam perjalanan pulang ke Putrajaya,rombongan kami telah menerima berita gembira bahawa Barisan Nasional yang diwakili bekas Menteri Besar Negeri Sembilan,Tan Sri Isa Samad telah berjaya memperolehi 8,013 undi manakala PAS dengan 2,578 undi dengan majoriti 5,435.