Monday, July 25, 2011

Kenduri Doa Selamat Dan Menyambut Puasa 2011


Assalamualaikum.

Alhamdulillah, syukur saya kepada Allah Taala kerana pada 23/7/2011 yang lepas kami penduduk Blok 6F telah selamat mengadakan kenduri doa selamat dan menyambut puasa.

Apa yang paling saya gembira sekali ialah tentang persiapan untuk mengadakan majlis tersebut. Sejak malam sebelum berlangsungnya kenduri tersebut, AJK persatuan dan penduduk Blok 6F telah memulakan persiapan...ada yang telah pergi ke pasar borong untuk membeli keperluan barang basah dan ada juga yang membaiki lampu di lobi blok.

Pada waktu tengahari pula..kaum wanita telah bergotong royong menyediakan bahan untuk masakan sambil tak lupa juga menyediakan hidangan yang memang sedap untuk makan tengahari. Kaum lelaki pula turut sama sibuknya, sambil berbual bertanya khabar, masih sempat menyediakan hidangan ikan keli bakar.

Kami juga menyediakan satu menu istimewa iaitu serawa durian...sungguh sedap dimakan dengan roti....tak ketinggalan juga goreng cempedak...air juga silih berganti dari air sadri, teh tarik dan kopi..semuanya ada disediakan..

Menjelang malam, semua persiapan untuk jamuan telah disiapkan dan untuk pengetahuan semua, atas usaha beberapa penduduk blok spt Abg Sabri-Otai, Abg Nuar-Pomen dan Firdaus-exblok 6F...dewan serbaguna kami kini sudah dipasang dengan karpet...jadi, pada malam itu, kami bersama-sama membaca Yassin dan bertahlil di atas karpet yang baru dipasang...

Sesudah habisnya bacaan Yassin dan tahlil, kami bersama-sama menikmati hidangan kenduri yang telah disiapkan secara bergotong royong.

Sememangnya, aktiviti bergotong royong ini memang dapat mengeratkan tali silaturrahim sesama kita...beginilah caranya untuk kita sama-sama berkenalan dengan yang muda mahupun yang sudah senior.

Saya sangat berharap semoga aktiviti ini dapat diteruskan dan marilah kita bersama-sama menanamkan sikap bersatu hati dan hindarkan perkara-perkara yang boleh memecah belahkan keharmonian di blok kediaman kita.

Sila klik pautan di bawah untuk melihat gambar-gambar semasa gotong royong tersebut. Anda perlu login ke akaun facebook terlebih dahulu.

http://www.facebook.com/media/set/?set=a.152000374876317.38699.100001990672041&type=1

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Mohd Yuzafi Bin Yunos
Pengerusi Persatuan Penduduk Blok 6F,
Presint 9, Putrajaya.
Malaysia.








Hubungi kami/Contact us:umno.orkid@gmail.com

Tuesday, March 29, 2011

Mesyuarat Agung UMNO Cawangan Orkid



Assalamualaikum,

Adalah ingin dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung UMNO Cawangan Orkid bagi tahun 2011 akan diadakan pada 3hb April 2011, jam 2:00 petang bertempat di Dewan Serbaguna Blok 6F.

Semua ahli UMNO dijemput hadir.





Hubungi kami/Contact us:umno.orkid@gmail.com

Wednesday, February 23, 2011

Pertandingan Mencipta Logo Local Agenda (LA21) Putrajaya- Hadiah wang tunai hampir RM10,000.00 disediakan





Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

Bagi mempromosikan Program LA21 ini, PPj telah bercadang untuk mengadakan Pertandingan Mencipta Logo LA21 Putrajaya. Pertandingan ini terbuka kepada semua warga penduduk yang bermastautin di Putrajaya terutama komuniti, pelajar yang bersekolah di Putrajaya dan kakitangan yang bekerja di Putrajaya. Tarikh tutup pertandingan ini ialah pada 14 Mac 2011.

Sila klik DI SINI untuk maklumat lanjut mengenai pertandingan.








Hubungi kami/Contact us:umno.orkid@gmail.com

Thursday, February 3, 2011

Krisis Mesir, nasib pelajar kita-Laporan Terkini



Assalamualaikum,

Nampaknya, tindakan pantas kerajaan Malaysia dalam menjalankan proses evakuasi atau Operasi Piramid melegakan hati banyak pihak.

Semoga, segala proses berjalan lancar dan mengikut rancangan. Bagi ibu bapa yang inginkan maklumat terkini dari Mesir, sila klik pautan ini ~ http://krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com/2011/02/pengumuman-lapor-diri.html


Hubungi kami/Contact us:umno.orkid@gmail.com

Wednesday, February 2, 2011

Pelajar Malaysia di rogol di Mesir.



Mesir dan nasib rakyat Malaysia


Terkini: pengesahan maklumat sebelum ini berkenaan kes rogol:

1. seorang pelajar perempuan malaysia di iskandariah telah dirogol, maklumat diperoleh dari "Ummi Medic Mesir"..


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Berkemungkinan artikel saya pada kali ini tiada kena mengena dengan aspek perniagaan samada online atau offline. Lupakan dulu buat seketika ini kerana ada perkara yang lebih penting yang ingin saya sentuh di sini. Isu yang menarik perhatian saya kini ialah mengenai nasib pelajar dan rakyat Malaysia yang sedang berada dalam konflik keganasan yang melampau di Mesir. Umumnya pasti telah mengetahui mengenai keadaan terkini yang sedang terjadi di bumi Mesir. Ya, tunjuk perasaan anti kerajaan pimpinan Hosni Mubarak seorang diktator yang telah menguasai Mesir selama 30 tahun dan juga seorang yang pro Amerika dan Israel.

Tapi, bagi saya sekarang isu yang lebih penting adalah nasib rakyat Malaysia yang berada di sana...di beritakan hampir 11,000 orang warganegara kita bekerja dan belajar di Mesir. Persoalannya ialah, apakah langkah praktikal kerajaan yang patut diambil bagi membawa keluar rakyat kita di sana. Saya rasanya ada mendengar dan menonton berita di TV beberapa hari lepas di mana pihak media massa ada memberitahu bahawa pelajar dan rakyat kita di sana berada dalam keadaan selamat. Tetapi, tuan-tuan dan puan-puan juga sudah maklum dan pastiya tidak hanya berharap dan bergantung kepada media massa tradisional yang nyata agak lapuk dan lambat dalam memberikan informasi terkini. Pada waktu ini, peranan media alternatif seperti rangkaian sosial dan blog mampu menggambarkan suasana dan berita pada masa nyata dan lebih dipercayai. Kesannya, pada waktu Buletin Utama TV3, pihak terbabit akhirnya telah menyuarakan harapan dan rasa gelisah rakyat Malaysia lebih-lebih lagi kepada mereka yang mempunyai anak-anak atau saudara yang berada di Mesir sekarang..natijahnya, pihak TV3 telah menyiarkan beberapa email dari penonton yang menyuarakan kebimbangan tentang keselamatan rakyat kita di sana dan tambah meruncingkan keadaan ialah di manakah tahap keberkesanan kakitangan kedutaan Malaysia yang hanya lebih kurang ada 20 orang berbanding 11,000 rakyat Malaysia di Mesir. Lebih memilukan hati apabila talian hotline yang disediakan oleh pihak kedutaan di Mesir tidak memberikan respon dan ini "dinampakkan" sendiri oleh pihak Buletin Utama dalam percubaan mereka menembusi talian itu. Syabas TV3 kerana anda tidak hipokrit dalam menjalankan tugas dan amanah lebih-lebih lagi dalam keadaan yang serba kalut ini.

Kita masih menunggu tindakan kerajaan Malaysia samada ingin mengeluarkan rakyat Malaysia di Mesir melalui jalan udara atau laut. Tetapi, tolong jangan di waktu ini kita bangkitkan soal kos yang tinggi sebagai penghalang. Apa yang lebih penting ialah nyawa dan maruah rakyat kita di sana kerana ada terdapat berita yang menyatakan terdapat pelajar Malaysia yang di rogol di sana. Tetapi, ada juga penafian yang mengatakan bahawa mangsa rogol adalah rakyat Indonesia. Walau apa pun, tindakan segera sangat perlu diambil bagi menyelesaikan masalah ini kerana menurut sumber yang dipercayai, kemungkinan konflik ini akan berterusan dan diikuti oleh negara Arab yang lain. Jadi, tuan-tuan dan puan-puan juga pasti maklum yang krisis ini tidak dapat diselesaikan dalam masa 2-3 hari..jalan langkah terbaik ialah..bawa keluar rakyat kita samada terus pulang ke tanahair atau transit dahulu di negara yang berjiran dengan Mesir.

Keadaan Darurat yang sedang menggila di Mesir ini boleh anda ketahui dengan melayari laman-laman blog yang menceritakan secara lebih dekat keadaan kritikal di sana. Hargai usaha mereka yang melaporkan situasi di sana kerana mereka terpaksa "survive" dalam keadaan yang serba kekurangan dari segi makanan, kesihatan, keselamatan mahupun hubungan komunikasi. Sila klik link di bawah untuk melayari blog-blog mereka.

http://krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com/2011/01/lagi-update-ttg-kes-rogol.html

http://www.allvoices.com/contributed-news/8041711-5000-most-dangerous-criminal-escaped-in-egypt/stories

http://jomphp.com/serius-krisis-sebenar-darurat-di-mesir-sebarkan-kepada-semua.html

Kepada rakyat Malaysia yang mempunyai kepakaran IT dan komunikasi, anda boleh menyumbangkan idea dan pendapat anda bagi membantu rakyat Malaysia di Mesir yang disekat hubungan komunikasi dan internet. Mereka dikhabarkan mencuri-curi menggunakan talian internet. Ini penting bagi mereka supaya mereka dapat terus berhubung dengan dunia luar khasnya kepada keluarga yang berada di tanahair. Mungkin idea dan pendapat anda dapat membantu mereka. Anda boleh post-kan sahaja idea anda di sini dan saya akan sedaya mungkin menyebarkannya supaya dapat dimanfaatkan pada waktu kritikal seperti ini.

Terima kasih di atas masa anda untuk membaca artikel ini dan marilah menjadi warga Malaysia yang prihatin.
Salam 1 Malaysia.

(ikhsan: yuzafi.com)







Hubungi kami/Contact us:umno.orkid@gmail.com

Friday, November 19, 2010

Malaysian hacked into US Fed.


NEW YORK (AFP) - – A sophisticated Malaysian cyber bandit hacked into the US Federal Reserve's computers and also stole nearly half a million credit and debit card numbers, US prosecutors in New York said.

Lin Mun Poo, a Malaysian resident and citizen, was arrested on October 21 soon after entering the United States and was indicted by grand jury Thursday, the US attorney's office in Brooklyn said.

He allegedly hacked into the Cleveland, Ohio branch of the Fed, the US central bank, and in separate attacks also stole more than 400,000 card numbers, as well as breaching the defenses of numerous other systems.

Poo, who is being held in pre-trial detention, "made a career of compromising computer servers belonging to financial institutions, defense contractors, and major corporations, among others, and selling or trading the information," the US attorney's office said.

The US Secret Service arrested the 32-year-old a few hours after he flew to John F. Kennedy International Airport in New York.

"Secret Service agents seized his heavily encrypted laptop computer, which contained a massive quantity of financial account data and personal identifying information that he had allegedly obtained by hacking," the prosecutor's office said.

Brian Parr, the head of the Secret Service's New York office, said cyber crimes "not only affect our nation's financial infrastructure, but are also an ongoing threat to our national security."

Among the other alleged hacking by Poo, the Secret Service said he entered a Pentagon contractor's system "potentially compromising highly sensitive military logistics information."

Earlier this week, US Defense Secretary Robert Gates warned that cyber attacks pose a "huge" threat.

Source: Yahoo.com


Hubungi kami/Contact us:umno.orkid@gmail.com

Aidil Adha 2010



Umno Orkid dan Persatuan Penduduk Blok 6F ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli Umno Caw. Orkid dan penduduk blok 6F kerana telah beramai-ramai turun ke padang Presint 8, Putrajaya bagi menjayakan Program Korban sempena Aidil Adha 2010 anjuran Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansur.

Sememangnya, semangat seperti ini yang kita perlukan dalam hidup bermasyarakat..berat sama dipikul, ringan sama dijinjing...kami dengan rasa bangga melihat bagaimana perpaduan dan semangat bergotong royong telah tersemai dan diadun dengan baik semasa program ini dan tidak dapat dinafikan lagi kita adalah kontinjen yang menghantar paling ramai peserta dan kita juga telah berjaya menyiapkan segala tugas dan misi dengan lebih cepat dari apa yang disangkakan..

Malah, bagi memberikan makna yang lebih mendalam bagi sambutan Aidil Adha 2010, para penduduk blok 6F dan ahli Umno Cawangan Orkid telah sama-sama bergotong royong menyediakan hidangan pada waktu petang dan tambah diberkati lagi apabila turut diadakan majlis tahlil dan takbir raya pada sebelah malam....kami bekerja bersama-sama... dan menikmati hidangan seperti sebuah keluarga yang besar...tanpa melupakan konsep sambutan Aidil Adha dengan memakmurkannya dengan tahlil dan takbir.

Syabas dan Tahniah Umno Cawangan Orkid dan Persatuan Penduduk Blok 6F.

Klik DISINI untuk melihat lebih banyak gambar Majlis Korban Sempena Aidil Adha 2010.
(Login ke akaun Facebook diperlukan)



Hubungi kami/Contact us:umno.orkid@gmail.com