Monday, August 16, 2010

Sumbangan Derma Ikhlas Untuk Surau Saidina Othman


Assalamualaikum.

Pihak blogger Umno Orkid dan Persatuan penduduk blok 6F ingin memaklumkan bahawa Surau Saidina Othman Ibnu Affan, Blok 6D,Presint 9,Putarajaya sedang mengadakan kutipan derma ikhlas sempena bulan Ramadan. Kutipan ini bagi bertujuan untuk mengisi tabung surau tersebut.

Sehubungan dengan itu, Ahli Jawatankuasa Surau akan mengadakan kutipan derma ikhlas pada:

Tarikh: 28 Ogos 2010

Hari: Sabtu

Masa: 10:00 pagi

Diharap, penghuni blok 6F dan ahli Umno Caw. Orkid dapat memberikan kerjasama. Mudah-mudahan segala apa yang disumbangkan diberikan ganjaran oleh Allaw SWT.

P/S: Minta dipanjangkan hebahan ini kepada jiran tetangga dan rakan taulan di blok kita.

Terima kasih;

Mesej ini dibawakan khas oleh Persatuan Penduduk Blok 6F dan Umno Cawangan Orkid.




Hubungi kami/Contact us:umno.orkid@gmail.com

Wednesday, August 11, 2010

Salam Ramadhan


Assalamulaikum,

Umno Cawangan Orkid Putrajaya dan Persatuan Penduduk Blok 6F ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak. Marilah kita bersama-sama meningkatkan amal dan membuat kebajikan di bulan yang mulia ini.




Hubungi kami/Contact us:umno.orkid@gmail.com

Tuesday, July 27, 2010

Bersantai di Lopo Blue River


Pada 24/7/2010(Sabtu) yang lepas, beberapa keluarga dan ahli Umno dari Blok 6F/Cawangan Orkid telah bersepakat untuk berehat dan bersantai bagi memenuhi waktu lapang di hujung minggu. Destinasi pilihan pada kali ini ialah Sungai Lopo(Lopo Blue River) di kawasan Sungai Congkak.

Aktiviti riadah tersebut sememangnya sungguh menyeronokkan dan kami semua telah bermalam di sana.Selain dari bermandi manda di kawasan jeram yang jernih dan segar airnya, kami juga turut mengadakan acara BBQ ayam dan lebih memeriahkan keadaan apabila pada hari terakhir di sana, kami telah menyediakan makan tengahari yang sungguh istimewa di mana ikan-ikan segar telah "dinaikkan" oleh kami dan terus dijadikan santapan yang sungguh menyelerakan.Antara hidangan tersebut ialah, ikan talapia bakar, ikan baung masak lemak cili api serta disulami dengan sambal belacan dan tempoyak.

Kami akan memuat naik gambar-gambar semasa bercuti di sana sedikit masa lagi.Diharap,pada masa hadapan aktiviti ini dapat diteruskan lagi.



Hubungi kami/Contact us:umno.orkid@gmail.com

Friday, June 11, 2010

Persidangan Tahunan Umno Cawangan Orkid Putrajaya 2010


Pada hari Ahad 6/6/2010 telah berlangsung Persidangan Tahunan UMNO Cawangan Orkid,Pergerakan Pemuda Cawangan Orkid & Pergerakan Puteri Cawangan Orkid.
Pihak Media Baru Umno Orkid memohon maaf kerana tidak dapat menyiarkan video dan gambar-gambar seperti masa yang ditetapkan.Ini terjadi kerana terdapat sedikit masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan.

Walaubagaimanapun,anda kini berpeluang untuk melihat gambar-gambar dan video di sekitar persidangan tersebut.

Tetapi,sebelum anda terus melihat gambar-gambar dan video tersebut,pihak Media Baru Umno Orkid telah meletakkan satu klip video yang mempunyai perkaitan rapat dengan perjuangan kita.Kami sangat sarankan anda untuk melihat video tersebut dan hayatilah lirik-lirik yang terpapar pada video itu.Semoga,ia akan memberikan semangat & kesedaran kepada kita supaya terus berjuang dan hapuskanlah persengketaan sesama kita.

















Hubungi kami/Contact us:umno.orkid@gmail.com

Sunday, June 6, 2010

12 sukarelawan M'sia selamat tiba di tanahair






Kompleks Bunga Raya,KLIA.

12 sukarelawan Malaysia yang di tahan oleh rejim Israel semasa dalam proses penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza telah selamat tiba di tanahair pagi ini.

3 wakil Pemuda Umno Cawangan Orkid,En.Shaffeq(black),En.Faiz dan En.Yuzafi telah menyertai konvoi bersama Pemuda Umno Putrajaya menyambut ketibaan mereka di Kompleks Bunga Raya,KLIA pagi ini.

Konvoi ini telah berkumpul di Putrajaya pada jam 4:00 pagi dan mula bergerak ke KLIA pada jam 5:30 pagi.Kami telah sampai ke sana dan walaupun keadaan agak sesak dengan kehadiran pelbagai media massa dan media elektronik yang membuat siaran langsung,blogger Umno Orkid,En.Yuzafi telah berjaya merakamkan gambar dan video ekslusif di sana.

Marilah kita saksikan bagaimana bersemangatnya warga Malaysia yang cintakan keamanan berkumpul beamai-ramai dengan perasaan yang begitu teruja untuk menyambut "wira-wira negara"yang telah melalui pengalaman getir di tahan oleh rejim Zionis.

















Hubungi kami/Contact us:umno.orkid@gmail.com

Wednesday, June 2, 2010

Video serangan rejim Israel ke atas Mavi Marmara



























Hubungi kami/Contact us:umno.orkid@gmail.com

Saturday, May 22, 2010

Majlis Tahlil & Yassin


Kemaskini:2:20pm

Assalamualaikum,

Pada malam ini,selepas solat Isya' bertempat di dewan serbaguna blok 6F akan diadakan satu majlis tahlil dan bacaan Yaasin.Majlis pada kali ini dianjurkan oleh penduduk di aras 3&4 blok 6F.

Majlis menjemput semua penduduk blok 6F untuk bersama-sama menjayakan dan meramaikan majlis yang mulia ini.

Berita dan gambar akan menyusul selepas di kemaskini.




Hubungi kami/Contact us:umno.orkid@gmail.com